Tuesday, 2 October 2018

Confinement Lady Vs Jagaan Mak

Hai ibu ibu dan wanita kat luar sana. Berjumpa lagi di entry kali nie. Entry kali saya nak share pasal penjagaan ibu dalam tempoh berpantang oleh "confinement lady" vs jagaan mak. Penjagaan untuk ibu ibu dalam berpantang adalah sangat penting terutamanya dari segi emosi ibu ibu. "Confinement lady" adalah wanita yang mempunyai ilmu dan juga kemahiran dalam penjagaan ibu dalam pantang. Hal ini sangat penting kerana dapat membantu ibu Ia adalah bertujuan bagi membantu ibu dalam mengahdapi beberapa isu selepas bersalin seperti :- 1) Ingin mendapat kembali bentuk ramping, sihat, menawan dan kembali seperti asal 2) Ingin memastikan tubuh badan dalam keadaan terbaik terutamanya bahagian intim, untuk kembali sembuh dan sihat selepas pelbagai yang dilalui ketika proses mengandung dan bersalin 3) Menangani penyakit tekanan perasaan atau meroyan yang sering dihadapi oleh ramai wanita selepas melahirkan. Rata rata wanita zaman kita asal berpantang je mesti balik kampung kn. Tujuan utama balik kampung adalah tak lain tak bukan sebab ada mak yang tolong jagakan kita waktu dalam pantang. Tapi sampai bila nak menyusahkan ibu di kampung kan.๐Ÿ˜ข Aktiviti dalam berpantang: ❤ bertungku ❤ berbekung ❤ sapu param dan pilis ❤ bersauna ❤ mengurut Selain itu juga, si suami juga mestilah memainkan peranan sewaktu isteri dalam pantang. Jika berjauhan maka pulanglah untuk berjumpa dengn isteri.Tambahan pula,emosi ibu sangat penting dan menjamin kesihatan yang akan datang. Mulai bulan ini, pakej spa TWB akan diupgrade ke pakej berpantang skali. Best kan korang. So, dengan ada nya kemahiran baru berkaitan penjagaan ibu dalam pantang, kita boleh la jalankan servis sebagai "confinement lady"@ CL. So, ibu ibu kat kampung tak perlu dah bersusah payah untuk menjaga kita sewaktu dalam pantang.๐Ÿ˜‰

No comments:

Post a Comment