Showing posts with label IFLAT. Show all posts
Showing posts with label IFLAT. Show all posts

Tuesday, 23 May 2023

Cash Rebate Untuk Makan Vitamin Percuma.

 Assalamualaikum sahabat setia blog hazirahazli πŸ’š. Diharapkan agar entry ini memberi manfaat kepada anda semua dan juga memberi ilham bagi mereka yang nak mulakan gaya hidup sihat dengan mula amalkan supplement. Dannn yang bestnya secara percuma sahaja anda dapat bekalkan supplement buat diri anda dan juga keluarga anda.



Haaa. Best ke sangat best macam ni? Tak dinafikan pada masa kini, sudah ramai mereka yang ada kesedaran tentang pengambilan vitamin bagi melengkapkan nutrisi yang hilang atau berkurang di dalam badan kita. Namun, ada yang fikirkan tentang kos yang perlu diperuntukkan dan juga memilih jenama vitamin yang terbaik. Anda Boleh Baca Disini.

CARA UNTUK DAPATKAN CASH REBATE


Cash rebate bermaksud rebat tunai dimana anda akan dapat kembali pulangan wang setelah membuat sesuatu perbelanjaan.

Dalam sistem Shaklee, anda juga layak untuk dapat cash rebate walaupun anda hanya seorang pengguna Shaklee dan bagi yang membuat bisness Shaklee lagi la dapat cash rebate ini.

Cash rebate Shaklee boleh diperolehi setiap bulan dan Shaklee akan masukkan nilai cash rebate tersebut ke dalam akaun bank yang kita berikan sewaktu mendaftar sebagai ahli Shaklee.

Salah satu sebab mengapa saya selalu berkongsi pada mereka diluar sana tentang mendaftar ahli Shaklee walaupun anda makan sahaja adalah cash rebate ini.

Tersangatlah rugi andai anda seorang pengguna Shaklee dan anda dah rasai kesan yang baik dengan produk Shaklee, namun anda memilih untuk dapatkan vitamin tersebut di farmasi, klinik atau pun di e-commerce. Hal ini kerana apabila cukup min 150uv nilai produk, anda dah layak untuk dapatkan cash rebate. 

Anggaran Nilai Cash Rebate Shaklee

Semakin banyak yang anda buat belian, semakin banyak nilai bonus yang anda boleh dapat. Dengan bonus tersebut yang mana anda akan dapat setiap 14 hari bulan setiap bulan, anda boleh gunakan untuk membeli vitamin anda. 

Cash rebate dari Shaklee


Dan apabila anda membeli, nilai uv akan mula terkumpul dan akan ditukarkan kepada cash rebate. Haaa kan ibarat anda makan vitamin secara percuma. Mudah kan. Anda hanya perlu kumpul order sesama adik beradik, rakan kerja dan membuat pesanan melalui online di HQ Shaklee.

Juga bagi mereka yang berdekatan dengan branch Shaklee boleh membuat belian di sana. Lagi seronok taw kerana ibarat shopping tapi duit masuk. HaaaπŸ€”πŸ€” Seronok sangat kan.

Shopping di Branch Shaklee




So, apa lagi? Anda juga nak dapatkan cash rebate untuk makan vitamin secara percuma?
Boleh terus aje isi detail di link DISINI

Selain anda mengumpul cash rebate anda juga boleh menikmati penjimatan sehingga 20%. Untung kan berbanding anda membeli di farmasi dan juga e-commerce. Berkat pun boleh dapat sama dan ini sangatlah penting kerana apa yang kita makan jadi darah daging.πŸ‘

Nak tahu lebih detail juga boleh klik dibawah;

Stay tune untuk saya ceritakan detik detik pertemuan saya dengan Shaklee sehingga saya dapat menikmati vitamin secara percuma setiap bulan.✌️✌️

hazirahazli πŸ’š,
Your Trusted Distributor Shaklee,
Bisness Leader.
1242228


#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#NextlevelBlogging
#blogmegashaklee
#pengedarshakleeTerengganu
#pengedarShakleeMarang
#pengedarShakleeKelulut.
#kursusspamurah 
#spashaklee 
#mobilespa
#mobilespamalaysia 
#kelasspaonline

Thursday, 20 April 2023

INSENTIF SHAKLEE MALAYSIA: DUIT TAMBAHAN DARI SHAKLEE

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua sahabat blog hazirahazli. Entry kali ini saya nak share berkaitan dengan insentif Shaklee Malaysia berikan pada ahlinya.

Insentif Shaklee Malaysia

Insentif ini ialah duit tambahan yang Shaklee akan berikan pada ahlinya yang layak melepasi kriteria yang disyaratkan. Insentif yang diberikan adalah sebanyak rm600 setelah ahli Shaklee berjaya efektif dengan pangkat supervisor dan senior supervisor bermula bulan April hingga June 2023.


Dalam Shaklee, pangkat supervisor adalah tangga yang pertama dan senior supervisor adalah tangga yang kedua. Rujuk gambar dibawah.

Pangkat didalam Shaklee


Anda yang belum join ahli Shaklee juga ada peluang untuk mendapatkan insentif ini taw. Asalkan anda ada mindset yang betul, habit yang bagus iaitu rajin menambah ilmu dan ada kemahuan yang tinggi untuk belajar. Namun pertamanya, anda haruslah join ahli Shaklee dulu ye.😁


Boleh la klik dibawah ye.

Join ahli.

Zaman now, rm600 sangatlah berharga dan andai kita ada peluang untuk dapatkan nya kenapa kita nak menolak kan. Dengan tambahan rm600 ini banyak sangat yang kita boleh dapat.


Saya dah pun berangan angan taw rm600 dikreditkan ke dalam akaun saya nanti. Alhamdulillah. Bagi saya seorang suri rumah, dengan duit tambahan dari Shaklee ini saya akan rasa sangatlah bersyukur dan banyak lagi yang saya boleh lakukan.


Betul kata orang, duit bukanlah segalanya namun untuk membahagiakan orang tersayang memerlukan duit. Betul kan? 

Anak anak soleh solehah ibu ayah

Sebenarnya, Shaklee bukan sahaja bagi rm600, namun total selama 3 bulan yang Shaklee akan bagi pada ahlinya yang layak lebih kurang rm5k bagi yang berpangkat supervisor dan lebih kurang rm6k bagi mereka yang berpangkat senior   supervisor.


Dengan insentif yang saya bakal dapat ini, saya akan gunakan untuk bawa suami dan anak2 pergi bercuti. Tambahan lagi kita semua telah keluarkan banyak duit bagi persiapan buka sekolah awal tahun lalu dan juga bulan ini bagi persiapan hari raya. Betul kan? 


So dengan duit tambahan ini dapatlah saya belanja suami dan anak2. Pergi bercuti siapa je tak suka kan. Waaa seronoknya. 🀩🀩🀩

Bercuti bersama keluarga adalah salah satu aktiviti keluarga setiap tahun.


Saya bercadang untuk bawa anak2 bercuti ke Dabong, Kuala Krai Kelantan dan bagi merasa pengalaman untuk naik kereta api (KTMB).

Perjalanan kami dari Terengganu ke Kota Bharu lebih kurang 5 jam. Dan kami akan rasai pengalaman naik kereta api ,KTMB dari Wakaf Baru ke Dabong. Saya plan untuk berada disana selama lebih kurang 3 hari 2 malam. 

Banyak aktiviti yang kami boleh lakukan sepanjang berada disana seperti naik ATV, masuk gua, melawat kawasan air terjun, makan makan. Pengalaman bercuti dan merasai suasana yang bebas dari kesibukan kota.😍😍

Sebenarnya dalam masa yang sama saya juga berpeluang untuk dapatkan trip percuma Shaklee pada tahun hadapan. Nampak macam pelik kan tapi itulah shaklee.

Dengan duit insentif yang saya dapat itu, saya berpeluang untuk dapat percutian ke cruise pada tahun 2024 dengan izin Allah. In shaa Allah. Alhamdulillah.



Next entry saya akan bercerita pasal trip percuma Shaklee ini. Stay tuned naa✌️✌️

Apa2 pun, dengan insentif yang Shaklee bagi ini sangatlah seronok dan dapat membantu kita untuk lebih serius dalam membina empayar bisness kita sendiri.

Yang penting anda juga jangan lepaskan peluang untuk dapatkan insentif ini dan juga berada dalam komuniti Shaklee yang sangat terbaik dan berbaloi untuk anda berada dalam komuniti ini. Percaya lah. Boleh baca disini, Komuniti Shaklee sangat Best.

hazirahAzli πŸ’š

Id:1242228

Whatsapp

Your trusted Shaklee Independent Distributor

Your Shaklee Leader

Bisness Builder.


#NextlevelBlogging

#Shakleetriumph2023

#shakleethrive2023

#SetRahmahShaklee2023

Thursday, 9 February 2023

Intermittent Fasting Untuk Gaya Hidup Lebih Sihat

Assalamualaikum semua. Selamat datang ke entry saya pada hari ini. Entry kali ini saya akan ceritakan berkaitan dengan Intermittent Fasting.



 
Anda kat sana dah biasa dengar ke pasal Intermittent Fasting ni atau nama singkatan dia adalah IF.

IF mempunyai banyak kategori. Jom saya tunjukkan antara glosari umum IF:

1) Intermittent Fasting- Berpuasa Terputus
2) Fasting- Berpuasa
3) Wet Fast- Berpuasa boleh minum air (kosong, kopi 0/teh 0 tiada gula atau dengan pemanis 0 kalori.
4) Dry Fast - Berpuasa dengan tidak makan dan tidak minum
5) 16/8 - Berpuasa 16 jam dengan waktu makan hanya 8 jam 
6) 20/4 - Berpuasa 20 jam dengan waktu makan hanya 4 jam
7) 23/1 - Berpuasa 23 jam dengan waktu makan hanya 1 jam
8) OMAD - One Meal A Day (makan hanya sekali sehari dan berpuasa pada waktu lainnya)
9) OM2D - One Meal in Two Days. Makan hanya sekali dalam tempoh dua hari. 
10) EF - Extended Fasting (berpuasa lebih dari 24 jam hingga 48 jam)
11) PF - Prolonged Fasting (berpuasa lebih dari 48 jam)
12) SD - Snake Diet (Sejenis sistem berpuasa PF menggunakan formulasi minuman elektrolit - HANYA DILAKUKAN DENGAN NASIHAT DAN PEMANTAUAN OLEH PENGAMAL YANG BERPENGALAMAN

Intermittent fasting atau IF adalah satu program yang sangat bagus untuk kesihatan kita. Maksudnya☹️πŸ€”πŸ€”

Haa IF ni adalah puasa secara berkala. Ada jam kita makan dan ada jam kita berpuasa. Macam tu. Faham ke faham tu? πŸ˜€

Takpe kita sambung lagi. IF ada banyak cara. AntaranyaπŸ‘‡

 πŸ’š 16 jam berpuasa, 8 jam makan. 

Atau

πŸ’š 18 jam puasa, 6 jam makan. 

Atau

πŸ’š 20 jam puasa, 4 jam makan. 

Puasa kita panggil fasting window dan   waktu berbuka atau makan pula kita panggil eating window

Sekiranya anda buat Intermittent Fasting, perkara yang kalian kena faham ialah minima puasa selama 16 jam. Masa makan pula 8 jam. Hah, mesti terkejut kan nak kena puasa 16 jam? Haha. 

Tenang tenang kita puasa time tidur, time berjaga kita makan, susun sahaja waktu tersebut. Enjoy puasa sambil berlayar di alam mimpi, gitu dramanya.

Semasa puasa, hanya boleh minum air masak atau kopi dan teh tanpa gula tanpa susu. Namun kita kan puasa masa tidur, jadi tak adalah craving sangat nak makan, relaks sahaja!

Semasa makan, anda perlu kawal diri supaya tak ambil yang manis, tidak yang bergoreng, kurang karbo dan mengurangkan portion. Haa ini kena jaga, sebab dah lapar nanti rasa nak makan macam-macam. Kawal diri okey! πŸ‘

Amalkan pemakanan yang sihat


Jadinya, IF ni lebih tekankan pada waktu atau jadual makan dan bukan pada jenis makanan. Seronok kan..πŸ‘πŸ‘

Program IF ni akan memberikan impak yang sangat positif pada badan kita. Jom tonton video ni. Manfaat IF.

Secara kesimpulannya, apa yang berlaku dalam IF sebenarnya ialah ‘Time Restricted Feeding’, kita set minda kita untuk kawal waktu makan dan waktu tidak makan sebab selama ni kita hidup terlalu lebih makan.

Kurangkan makan terbukti menbawa banyak manfaat kesihatan. Bila menahan diri dari nafsu yang sentiasa nak mengunyah dan makan atas niat untuk lebih sihat dan lebih mudah beribadah, lebih sihat dan cantik untuk suami, In Shaa Allah pasti ada ganjarannya juga nanti. 

Sihat itu mahal bukan🀲
Jangan lupa follow entry saya yang seterusnya berkaitan dengan IF dengan lebih enjoyπŸ˜€πŸ˜€

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleekualaterengganu