Sunday 11 June 2023

Proses Berpantang Lebih Mudah, Badan Lebih Bertenaga- Testimoni Shaklee Saya

Assalamualaikum dan salam ceria sahabat blog hazirahazli.blogspot. Entry kali ini suka untuk saya berkongsi pengalaman berpantang anak nombor 3 yang sangat berbeza berbanding anak no.1 dan 2.


Apa yang kita guna kita rasai kesannya. Kesan yang sangat best wajib lah dikongsi pada orang lain juga. Iye kan?

Mungkin ada bakal ibu atau ibu yang dalam pantang sedang mencari rahsia untuk berpantang dengan lebih bertenaga dan ceria.

Rahsia yang kini bukan lagi rahsia. So, ibu ibu atau bakal ibu juga boleh teruskan bacaan ye. Semoga bermanfaat.


PENGALAMAN BERPANTANG SENDIRI


Pengalaman berpantang anak no.3 memang berbeza dari abang dan kakaknya. Mana taknya, berpantang dirumah sendiri, ada 2 orang lagi amanah yang perlu dijaga. Waktu itu yang sulung 4 tahun dan yang tengah 2 tahun.

Tahun 2020 kan masih lagi dalam zaman PKP, so Taska masih lagi hadkan operasinya. Memang waktu tu anak2 tak dapat pergi ke taska lagi. Alhamdulillah ada juga suami hantar anak2 ke rumah mak. Itu pun sebab nenek diorang yang minta hantarkan. Nak bermain dengan cucu katanya. Alhamdulillah..😍

Rezeki jugak, ada adik bongsu datang teman si kakak ni kat rumah. Itu pun waktu awal2 lepas keluar dari wad. Adik bantu mana2 yang saya tak dapat nak buat je la. Contohnya angkat benda yang berat2 dan suami dah mula kerja. Alhamdulillah. Terima kasih adik bongsu tolong si kakak mu ini ketika dalam susah 😍

Alhamdulillah proses berpantang sangat mudah walaupun tanpa orang tua disisi. Selepas 2 minggu berpantang, badan dah rasa sangat segar dan luka bersalin dah sembuh.

Siap boleh masak sendiri dan berjalan dah laju2. Eh eh bila tersedar diri ini masih dalam pantang baru lah turun balik ke gear rendah.🀭🀭

Dan yang paling ketara saya rasakan adalah dari segi tenaga. Badan saya rasa lebih bertenaga dan tidak mengantuk pada siang hari. Saya dapat lakukan aktiviti berpantang seperti bertungku dengan lebih efektif.

Bertungku

Walaupun berpantang sendiri, aktiviti berpantang seperti berbengkung dan bertungku saya masih lakukan. Rasa lebih bersemangat ketika bertungku dan yang penting tidak mengantuk.

Pengalaman berpantang sebelum ini, setiap kali aktiviti bertungku pasti saya akan tertidur. Bertungku dah kemana dah.🀭🀭 
Namun, sebab berpantang di rumah mak, ada mak yang bantu pantau kita bertungku. Terlelap je pasti mak akan kejutkan. Tak leh nak mengelat taw. HahaaπŸ˜‚

Itu dulu la. Namun sewaktu berpantang anak no.3 tiada lagi masalah tersebut. Semua ini adalah dengan bantuan Si Merah Vivix Shaklee. 

Berpantang dengan Vivix Shaklee


Saya hanya ambil sesudu Vivix setiap pagi sepanjang berpantang anak no 3. Alhamdulillah. Sangat mudah dan badan juga rasa lebih bertenaga.πŸ’ͺ

TREND BACAAN KUNING BAYI SENTIASA MENURUN.



Sebelum bersalin anak no.3 saya dah prepare siap siap untuk beli Vivix Shaklee ini. Saya memang niat dari awal lagi saya nak berpantang dengan Vivix untuk berpantang kali ketiga ini. 

Ini kerana saya telah baca banyak sangat testimoni ibu berpantang dengan Vivix Shaklee. Semuanya berkongsikan tentang manfaat yang mereka dah dapat. Alhamdulillah dan rasa sangat seronok.

Testimoni Berpantang Dengan Vivix Shaklee


Tambahnya lagi, berpantang kali ke3 ini saya akan berpantang dirumah sendiri. So, sebab itulah memang saya nekad untuk berpantang dengan Vivix Shaklee.

Bercerita bab bacaan kuning bayi, 2 hari check up kuning bayi setelah discaj dari wad bersalin memberikan bacaan semakin menaik.😰 Waktu ni saya belum lagi ambil Vivix kerana Vivix diposkan ke rumah mak saya.

Dan apabila tengok bacaan kuning bayi semakin menaik, terus saya ajak suami untuk pergi ambil Vivix Shaklee di rumah mak.πŸ€— Eh berpantang ke tak ni? Keluar jalan jalan. Hahaa.

Then bermula la kisah saya berpantang dengan Vivix. Malam tu terus je ambil sesudu Vivix dan saya menyusu bayi seperti biasa 

Dannnn amazingly, bacaan kuning bayi sewaktu check up pada esoknya menurun. Dua hari berturut- turut bacaan menurun.

Alhamdulillah. Check up kuning selang sehari. Pada hari ke-8, check up lagi kuning dan bacaan turun lagi dan terus discaj. Alhamdulillah. Syukur pada-Mu Ya Allah.

Trend Bacaan Kuning Bayi


So, terbuktilah kandungan polifenol di dalam Vivix sangat membantu menurunkan bacaan kuning bayi. Ia la, kandungan utama dalam Vivix Shaklee adalah Anggur Muscadine. Anggur yang sangat istimewa.

Kandungan Di dalam Vivix Shaklee


Ekstrak anggur ini juga sangat pure dan tanpa campuran bahan pengawet. Buktinya, Vivix ini tidak beku walaupun diletakkan di bahagian peti beku. Wowww sangat.

Inilah rahsianya saya kekal bertenaga ketika dalam pantang walupun berpantang sendiri. Syukur Alhamdulillah kenal dengan Vivix dan saya dah pun ambil satu keputusan yang tepat untuk berpantang dengan Vivix Shaklee.

So, kalau ada mommies diluar sana yang bakal berpantang, berpantang sendiri boleh la ambil Vivix Shaklee sebagai set berpantang. Sangat sangat membantu dari segi;

  • Badan lebih bertenaga
  • Bacaan kuning bayi semakin menurun
  • Luka bersalin cepat pulih seawal 7 hari
  • Emosi dan mood berada dalam keadaan yang baik
  • Susu ibu turut meriah
  • Bayi kenyang lama dan tidur lena.

Alhamdulillah. Inilah antara testimoni Shaklee saya dengan Vivix Shaklee. Juga dikongsikan Testimoni Shaklee dari rakan saya. Alangkah bestnya andai dapat hadiah yang istimewa. Doakan ye semoga saya berjaya dapat hadiah tajaan dari www.anakkuwira.com.🀲


Kalau anda ada pergi ke mana-mana Shaklee branch yang sah di seluruh Malaysia dan masih lagi belum jadi ahli, boleh key in details di link ni siap-siap ye. Boleh dapat terus 25% diskaun untuk pembelian produk tau.


Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan berkaitan Shaklee dan juga set berpantang Vivix Shaklee. DISINI

hazirahazli πŸ’š,
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
No.ID: 1242228

#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#NextlevelBlogging
#blogmegashaklee
#pengedarshakleeTerengganu
#pengedarShakleeMarang
#pengedarShakleeKelulut.
#kursusspamurah
#spashaklee
#mobilespa
#mobilespamalaysia
#kelasspaonline
#setberpantang
#resViVixCampaign
#VivixShaklee
#ResVShaklee
#ResVivixmurah2023






No comments:

Post a Comment