Showing posts with label Ikhtiar Hamil. Show all posts
Showing posts with label Ikhtiar Hamil. Show all posts

Sunday, 8 October 2023

Kepentingan Vitamin C Shaklee Untuk Kesihatan Tubuh Badan.

Assalamualaikum sahabat blog hazirahazli. Entry kali ini saya akan kongsikan tentang kepentingan Vitamin C Shaklee untuk kesihatan tubuh badan kita.








Mungkin dah ramai yang amalkan Vitamin C ini dalam rutin harian mereka kan. Tambahnya lagi sewaktu tahun Negara dilanda dengan Virus Cov19, Vitamin C paling hangat diperkatakan dan dah ramai yang ambil cakna tentang pengambilan Vitamin C ini. Alhamdulillah.

Tahukah anda?

Tahukah anda?

Kenapa Vitamin C ini perlu dijadikan sebagai rutin harian kita?

๐Ÿ’Tubuh kita tidak dapat menghasilkan vitamin C dengan sendiri.

๐Ÿ’ Vitamin C bersifat larut air dan mudah diserap dan disingkirkan oleh badan.

๐Ÿ’ Tubuh kita akan kehilangan vitamin C semasa melakukan aktiviti harian.

๐Ÿ’Vitamin C dalam badan akan menyusut apabila kita berada dalam keadaan tertekan (stress)

๐Ÿ’Bagi perokok, kehilangan vitamin C dalam badan mereka sangat terjejas kerana 1 batang rokok mampu memusnahkan 50 - 100mg vitamin C dalam badan.

๐Ÿ’Pil perancang dan ubat tahan sakit juga mengurangkan kandungan vitamin C dalam badan.

๐Ÿ’Pengambilan vitamin C Shaklee secara berterusan mampu memberikan kesan positif kepada badan kita, terutamanya dari segi kecantikan kulit.

KEPENTINGAN VITAMIN C

Terdapat 4 kepentingan Vitamin C yang akan dikupaskan. Antaranya adalah:

1) Untuk kesihatan imun dan sistem saraf.

Tubuh badan mereka yang mempunyai keperluan Vitamin C yang cukup mampu untuk melawan jangkitan penyakit.

Vitamin C membantu dengan:

  • Meningkatkan aktiviti sel imun badan apabila terdedah kepada jangkitan.
  • Menguatkan keupayaan sistem imun untuk membunuh patogen.
  • Menyokong proses membunuh patogen dan menyingkirkan patogen yang telah mati keluar dari badan.
  • Mengurangkan dan mengawal keradangan yang disebabkan oleh patogen.

Bagaimana Vitamin C berfungsi dalam meningkatkan sistem imun badan?



Di dalam badan kita ketika kita sedang sakit, radikal bebas akan menyerang sel sihat. Tekanan oksidatif akan memusnahkan sel sel sihat di dalam badan. Dengan pengambilan Vitamin C, ia membantu meneutralkan radikal bebas di dalam badan kita. Vitamin C ini membantu dengan:

✅ Merangsang penghasilan dan fungsi sel imun.

✅ Membantu badan untuk menghasilkan antibodi bagi melawan patogen di dalam badan.


2) Untuk meningkatkan proses penyembuhan luka

Vitamin C diperlukan untuk menyembuhkan luka, membaiki dan mengekalkan tulang rawan, tulang gigi dan juga untuk kulit yang sihat.

Kajian menunjukkan bahawa kekurangan Vitamin C dikaitkan dengan kekurangan pembentukkan kolagen dan luka lambat sembuh.๐Ÿ˜ฐ๐Ÿ˜ฐ

Bagi mereka yang kekurangan Vitamin C yang sangat teruk mungkin akan kehilangan gigi, gusi berdarah dengan mudah dan kehilangan kekuatan tulang ๐Ÿฆด

Sangatlah sesuai digabungkan bersama Pil Kalsium yang terbaik.


3) Kulit berseri dan tanpa cela.

Vitamin C diperlukan bagi menghasilkan kolagen, sejenis protein yang memainkan peranan penting dalam struktur tubuh kita.

Kolagen mampu meminimumkan kedutan, tompok-tompok peningkatan usia dan pigmentasi akibat pendedahan kepada cahaya matahari. Ia juga membantu menjadikan warna tona kulit lebih sekata.

4) Menyokong Penyerapan Zat Besi

Vitamin C berfungsi untuk meningkatkan penyerapan besi, mineral penting untuk pembentukan normal sel-sel darah merah dan hemoglobin.

So, sangatlah terbaik jika Vitamin Zat besi diambil bersama dengan Vitamin C. 

SUPPLEMENT VITAMIN C SHAKLEE

Vitamin C Shaklee antara produk Shaklee yang terawal juga saya amalkan. Alhamdulillah. Banyak sangat kesan positif yang saya dapat asbab amalkan Vitamin C Shaklee. Terutamanya dari segi menguatkan imun sistem. Boleh baca di sini (Kenapa Saya Memilih Vitamin Shaklee).

Vitamin C Shaklee lain dari produk Vitamin C di pasaran sana. Ini kerana;

๐ŸŠ Vitamin C Shaklee mempunyai sistem "Sustained Release"  iaitu sistem pelepasan berperingkat.

Setiap satu jam selama 5 jam, 100mg Vitamin C akan dilepaskan di badan kita untuk meningkatkan penggunaan Vitamin C dan mengurangkan pembaziran. 

Ini bersamaan dengan satu setengah biji oren setiap jam selama lima jam.

 ๐ŸŠ Diperkayakan dengan 120mg Bioflavonoids Sitrus untuk meningkatkan keberkesanannya.


Bioflavonoids





Bioflavonoid adalah antioksidan yang hanya terdapat dalam tumbuhan dan buah sitrus. Mereka bekerja secara gabungan dengan vitamin C untuk meningkatkan penyerapan dan penggunaannya. 

Sebagai contoh, kita boleh menjumpai bioflavonoid dalam pulpa dan sabut putih yang terdapat di tengah buah sitrus.

Ada yang berasa pahit dan kenyal dan biasanya ia dibuang. Dalam Vitamin C Shaklee, bioflavonoid yang digunakan adalah daripada buah sitrus bagi memberi kebaikan menyeluruh yang terdapat dalam setiap tablet yang mudah ini.

๐ŸŠ Produk semulajadi yang diperolehi daripada ekstrak jagung.

So, Vitamin C Shaklee ini sangat sesuai untuk mereka yang mempunyai perut sensitif.

So, sangatlah penting untuk kita ada ilmu bagi memilih Vitamin C yang terbaik untuk diri kita. Supplement yang berkualiti dan dari sumber yang organik semestinya menjadi pilihan orang ramai.

Nak dapatkan Vitamin C atau produk-produk Shaklee? Terus hubungi saya secara direct dengan KLIK di WHATSAPP.

Jom dapatkan segera. PM saya dan saya bantu.

Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini!

Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ni siap-siap. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus selepas pendaftaran.


https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1242228


Sekian. Semoga entry saya ni memberi manfaat kepada semua. Jaga kesihatan baik-baik semua.


hazirahazli ๐Ÿ’š,
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
No.ID:1242228


#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#NextlevelBlogging
#blogmegashaklee
#pengedarShakleeMarang
#pengedarshakleeTerengganu
#pengedarShakleeKelulut.
#kursusspamurah 
#spashaklee 
#mobilespa
#mobilespamalaysia 
#kelasspaonline
#resVvixchallenge 
#feelyoung 
#polyphenols 
#coolparents 
#myyouthfulpower
#shaklee


Wednesday, 9 August 2023

Ikhtiar Hamil- Vitamin E Adalah Vitamin Cinta Suami Isteri

Assalamualaikum sahabat setia blog hazirahazli. Alhamdulillah dapat bersua kembali kita pada hari ini.๐Ÿ‘

Entry kali ini saya akan berkongsi info tentang vitamin E juga dikenali sebagai "Vitamin Cinta" bagi suami isteri.❤️❤️



Dalam setiap perhubungan suami isteri, semestinya menjadi idaman dan pelengkap bagi rumahtangga dengan kehadiran cahaya mata.

Ada yang sekejapan dah berjaya hamil, ada juga yang bertahun tahun baru dapat rezeki untuk hamil. Namun, itu semua adalah rezeki dari Allah dan setiap wanita itu memang akan ada berpeluang untuk hamil. In shaa Allah.

Bagi mereka yang sedang ikhtiar untuk hamil, teruskan ikhtiar dari segi menjaga pemakanan, emosi dan juga dengan amalkan gaya hidup yang sihat. Bukan dari pihak isteri sahaja namun dari pihak suami juga.

Suami dan isteri ada  peranan masing masing dan yang paling utama adalah sentiasa minta dan berdoa pada Allah swt.

Bagi pasangan yang ikhtiar untuk hamil, salah satu nutrient yang diperlukan adalah Vitamin E dan selenium selain dari coenzyme-Q10.

APAKAH VITAMIN E?


➢ Vitamin E dikenali sebagai vitamin larut-lemak.

➢ Ia mempunyai ciri antioksidan yang melawan
radikal bebas di dalam badan. 

➢ Vitamin E merupakan vitamin yang penting dan diperlukan tubuh badan untuk organ-organ tubuh badan berfungsi.

➢ Ia juga dikenali sebagai vitamin jantung dan 
mempunyai manfaat-manfaat penting untuk
kesihatan.

>>>>>Selenium adalah sejenis mineral yang mempunyai fungsi antioksidan yang kuat.
✓ Bekerjasama untuk menyokong
fungsi vitamin E.

MANFAAT VITAMIN E

Vitamin E sangat penting dan diperlukan oleh tubuh badan untuk sesuatu organ badan itu berfungsi. Antara manfaat Vitamin E adalah:

1) Untuk menyokong kesihatan mata.

Vitamin E dapat mengurangkan risiko pembentukan kataraks mata.

  • Vitamin E mengurangkan 20% risiko AMD (Kemerosotan Mata disebabkan Penuaan)

  • Kepekatan yang tinggi di dalam membran sel dan mengurangkan kerosakan sel akibat cahaya UV
Tahukah anda?



2) Menyokong kesihatan jantung.

Vitamin E dapat menambah baik peredaran darah dan mengekalkan kesihatan jantung.

Vitamin E ini berfungsi dalam melindungi salur darah daripada kerosakan dan oksidatif.

  • Menghalang oksidasi kolesterol LDL untuk mengurangkan risiko pembentukan plak.

  • Menyokong kesihatan jantung untuk mengepam 7,570 L darah sehari.

Tahukah anda?



3) Menambah baik pergerakan sperma 

>>>>>Tahukah anda?
Sel sperma adalah sel yang sangat kecil dan mampu hidup selama 72 jam.

Vitamin E ini membantu melindungi sel membran sperma dari kerosakan.

  • Vitamin E bekerjasama dengan Selenium untuk melindungi ciri-ciri sperma.

  • Meningkatkan peluang untuk hamil bagi wanita
Terdapat satu kajian tentang tahap kesuburan lelaki. Seramai 690 lelaki tidak subur diberikan supplement Selenium dan Vitamin E selama 14 minggu.

Keputusan nya adalah:

Keputusan Kajian.







4) Mengekalkan kulit berseri.
Vitamin E membantu melawan radikal bebas pada kulit.

  • Membantu menguatkan lapisan kulit dan melindungi daripada kerosakan. 

  • Berfungsi sebagai anti-radang semulajadi untuk meredakan dan menenangkan kulit.
>>>>>Tahukah anda?
15% berat badan adalah daripada berat kulit.

5) Fungsi otak yang lebih baik.

Vitamin E membantu menambah baik fungsi kognitif seiring dengan peningkatan usia.

  • Kajian mendapati bahawa vitamin E bukan sahaja menambah baik fungsi kognitif, tetapi juga mengurangkan risiko penyakit Alzheimer

  • Vitamin E mempunyai kemampuan menerima dan menggunakan DHA di dalam neuron.
>>>>>Tahukah anda?
Otak manusia terbentuk sempurna pada umur 25 tahun.

FUNGSI VITAMIN E BUAT SUAMI ISTERI


Vitamin E adalah nutrient yang sangat penting pada tubuh badan dan badan tidak dapat nak menghasilkan vitamin E. So, vitamin E perlu diambil dari sumber luar dan vitamin E ini adalah vitamin yang tinggi dengan antioksidan.

Pasangan yang ikhtiar untuk hamil perlu ambil Vitamin E ini bagi melengkapkan segala nutrisi yang kurang di dalam tubuh badan. 

Selain itu, Vitamin E dikenali sebagai antioksida yang melindungi badan kita daripada tekanan oksidatif dan membantu meningkatkan kesejahteraan menyeluruh bagi suami dan isteri.❤️❤️


Vitamin E untuk Suami dan Isteri!❤️

1) Menyokong Kecergasan dan Kesihatan Otot

Ketika menjalani latihan atau senaman, otot anda akan menghasilkan tenaga dan radikal bebas. Vitamin E dapat membantu untuk:

• Mengekalkan jisim otot yang sihat dengan mencegah kerosakan kepada sel-sel otot yang disebabkab oleh radikal bebas.

• Melegakan kesakitan otot selepas latihan dan senaman dengan membantu mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.


2) Menggalakkan Fungsi Jantung Yang Sihat

Dengan ciri antioksida, vitamin E membantu untuk:

• Menghalang proses oksidasi LDL (kolesterol tidak baik) pada lapisan dalam dinding salur darah.

• Meningkatkan pengaliran darah yang lebih lancar dengan mencegah pembentukan plak atau penyumbatan dalam salur darah.


3) Meningkatkan Kualiti Sperma.

Ambillah vitamin E untuk memantapkan ciri kelelakian bagi suami. Ia menggalakkan:

• Struktur sperma yang sihat dan sempurna.
Struktur sperma yang normal ( kepala dan ekor yang kuat) penting untuk meningkatkan peluang menyuburkan telur.

• Pergerakan sperma dalam arah yang betul.
Sperma juga mestilah aktif berenang dan bergerak ke arah telur. Jadi, sperma yang tinggi pergerakkannya boleh meningkatkan kesuburan.

• Pengurusan andropaus yang lebih baik.
Kesihatan badan dan emosi bagi lelaki juga sangat penting bagi memastikan sperma kekal sihat.

4) Meningkatkan Kesuburan Wanita.

Vitamin E adalah vitamin yang penting untuk ovari yang membantu untuk:

• Bertindak sebagai antioksida anti-penuaan untuk menyokong kualiti telur.

• Meningkatkan mukus serviks untuk menjadikan sperma lebih mudah untuk hidup lebih lama.

• Membantu telur yang tersenyawa terus melekat pada dinding rahim.

5) Untuk Kulit Yang Lebih Sihat

Bahan yang biasa ditambah dalam rangkaian produk kosmetik ini membantu untuk:

• Mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran UV.

• Membekalkan zat dan melindungi kulit anda daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.


VITA-E COMPLEX SHAKLEE


Vita-E Complex Shaklee

Vita-E Complex Shaklee ini adalah antioksidan yang penting untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik.

1 kapsul membekalkan:
  •  400IU vitamin E dari sumber semulajadi iaitu daripada minyak kacang soya dalam bentuk D- alpha- tocopherol. Ia merupakan bentuk aktif biologi vitamin E dan pebih mudah diserap oleh tubuh badan.
  • 65mcg Selenium yang melengkapi aktiviti vitamin E untuk berfungsi secara lebih optimum
  • 39.4mg ekstrak biji anggur yang lengkap dengan proantosianidin yang mempunyai ciri-ciri antioksidan yang baik.
Keistimewaan Shaklee


>>>>>Tahukah anda?
Untuk mendapatkan 400IU Vitamin E, anda perlu ambil 11 cawan minyak kacang soya sehari.


So, bagi pasangan yang nak ikhtiar hamil, bolehlah cuba amalkan Vitamin E Shaklee ini dalam pemakanan harian. Juga boleh ambil bersama Vitamin Coq-trol Plus bagi memberikan sel tenaga berada pada tahap yang optimum.

Nak dapatkan produk-produk Shaklee? Terus hubungi saya secara direct dengan KLIK di WHATSAPP.

Jom dapatkan segera. PM saya dan saya bantu.

Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini!

Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ni siap-siap. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus selepas pendaftaran.


Sekian. Semoga entry saya ni memberi manfaat kepada semua. Jaga kesihatan baik-baik semua..

 hazirahazli ๐Ÿ’š
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
No.ID: 1242228

#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#NextlevelBlogging
#blogmegashaklee
#pengedarShakleeMarang
#pengedarshakleeTerengganu
#pengedarShakleeKelulut.
#kursusspamurah 
#spashaklee 
#mobilespa
#mobilespamalaysia 
#kelasspaonline
#resVvixchallenge 
#feelyoung 
#polyphenols 
#coolparents 
#myyouthfulpower
#shaklee