Showing posts with label Spa Bergerak. Show all posts
Showing posts with label Spa Bergerak. Show all posts

Wednesday, 14 June 2023

Pengedar Shaklee Marang, Kuala Terengganu.

Assalamualaikum dan salam ceria semua sahabat blog hazirahazli. Hari ini saya akan berkongsikan sedikit sebanyak pengenalan tentang diri saya. Mungkin ramai lagi yang belum mengenali saya dengan lebih dekat😊😊

Pengedar Shaklee Marang, Kuala Terengganu

SALAM PERKENALAN


Nama saya adalah Nur Hazirah Binti Mohamad Nasir. Berasal dari Kuala Terengganu. Ayah berasal dari Kuala Terengganu dan arwah Ma berasal dari Kuala Berang. So, kami adik beradik semuanya IC no. 11 ditengah.😁

Saya belajar sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Kampung Bukit dari Darjah 1-6 pada tahun 1996-2001. Then, sambung ke sekolah menengah Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman dari Tingkatan 1-3 pada tahun 2002-2004.

Kemudian, saya sambung lagi pengajian ke MRSM, Kuala Terengganu dari Tingkatan 4-5 pada tahun 2005-2006. Dan bermula lah fasa keluar dari negeri Terengganu setelah sambung belajar ke Kolej Matrikulasi Pahang program setahun pada tahun 2007 dalam bidang Sains Biologi.πŸ˜ƒ

Namun pada tahun 2008-2011 saya sambung pengajian peringkat Ijazah di Universiti Teknikal Malaysia, Melaka (UTeM). Fuhhhh totally new taw. Dari Sains Biologi ke Engineering. Dari seorang yang bercita cita nak jadi Doktor terpaksa jadi Engineer.πŸ€—

Alhamdulillah. Semua itu adalah perancangan dari Allah. Saya berjaya tamatkan pengajian dalam bidang kejuruteraan selama 4 tahun on track. Syukur Alhamdulillah.

Then, tahun  2012-2021 saya berkhidmat sebagai seorang Engineer di sebuah kilang Automotif di Chendering, Kuala Terengganu. Betul betul rezeki sebab saya dapat pekerjaan dalam bidang yang sama sewaktu saya belajar 4 tahun di UTeM.

An Engineer turned to entrepreneurs


Banyak terms yang saya belajar dalam subjek " Operation Management" digunakan kembali sewaktu bekerja seperti bottleneck, Kaizen, 7 waste, time study dan banyak lagi lah.

Pada tahun 2015 berkahwin dengan suami yang berasal dari Marang, Terengganu. Rezeki kan dapat suami yang sama negeri cuma daerah je yang berbeza. Tak bergaduh la nak balik kampung untuk beraya.😁😁 

Selamat Diijab kabulkan 13 Mac 2015



Tahun 2016 bersalin anak sulung, 2018 anak kedua dan tahun 2020 anak ketiga. Pada Jun 2016 adalah pertama kalinya saya ambil produk Shaklee iaitu Alfalfa Complex untuk ibu menyusu dan berpantang. BOLEH BACA DISINI

Namun, November 2016 saya bermula daftar ahli Shaklee dan decide untuk menjadi Pengedar Shaklee dengan harapan bisness Shaklee ini dapat menggantikan pekerjaan saya waktu itu setelah saya berhenti kerja nanti.

Disember 2017 saya bermula sebagai seorang Beautician Mobile Spa BOTG. KLIK DISINI.

Berjaya rank up Supervisor Shaklee pada April 2020 dan pada Disember 2021 saya resign sebagai seorang Engineer dan kini full time berbisness Shaklee. Alhamdulillah impian saya tercapai untuk saya berhenti kerja dan berbisness sambil menjaga anak2 sendiri.

PENGEDAR SHAKLEE MARANG, KUALA TERENGGANU 


Saya kini tinggal di Kampung Kelulut, Marang, Terengganu. Dari kampung Kelulut ke Bandar Marang lebih kurang 15 minit. Dari Kampung Kelulut ke Bandar Kuala Terengganu lebih kurang 30 minit.

Kawasan saya ini juga berdekatan dengan Bandar Kuala Berang. Dari Kampung Kelulut ke Bandar Kuala Berang pula lebih kurang 40 minit. 

So, yang mana area berdekatan dengan saya ini yang nak dapatkan Vitamin Shaklee boleh la terus berhubung dengan saya DISINI  untuk COD  produk yang ready stock.

Namun yang berada jauh dari kawasan saya juga boleh kontek saya dan saya akan uruskan segala proses order dan juga pengeposan produk Shaklee untuk anda.

Kalau anda ada pergi ke mana-mana Shaklee branch yang sah di seluruh Malaysia dan masih lagi belum jadi ahli, boleh key in details di link ni siap-siap ye. Boleh dapat terus 25% diskaun untuk pembelian produk tau.


Anda juga boleh berhubung dengan saya melalui medium yang lain juga;

✅ FB : Nur Hazirah

✅ Tiktok: @nur hazirah
✅  IG : 

hazirahazli πŸ’š,
Pengedar Sah Shaklee Marang, Kuala Terengganu 
No.ID: 1242228

#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#NextlevelBlogging
#blogmegashaklee
#pengedarshakleeTerengganu
#pengedarShakleeMarang
#pengedarShakleeKelulut.
#kursusspamurah

#spashaklee
#mobilespa
#mobilespamalaysia
#kelasspaonline
#readystock
#posseluruhMalaysia


Sunday, 4 June 2023

Capai Impian Melalui Bisness Mobile Spa.

 Assalamualaikum sahabat semua. Entry kali ini saya nak berkongsi tentang cara untuk capai impian melalui Bisness Mobile Spa.

Bisness Mobile Spa dan tentunya dalam team Beauty On The Go ( BOTG ).

Team Mobile Spa BOTG


Berimpian itu adalah percuma. Teringat kata-kata mentor saya, " beranilah untuk berimpian kerana dari impian itulah Allah bagi petunjuk atau petanda kepada kita untuk kita dapatkan mimpi itu. Maka berusahalah untuk menggerakkan segala impian anda mulai hari ini."  πŸ’ͺπŸ’ͺ

Perlu diingatkan juga, impian tanpa tindakan itu hanyalah mimpi. Sejak berada dalam team Bisness Mobile Spa BOTG, banyak yang saya belajar tentang berimpian dan juga berani untuk berimpian.


CARA UNTUK MENGGAPAI IMPIAN MELALUI BISNESS MOBILE SPA BOTG


Dalam entry saya yang lalu, ada saya kongsikan tentang Testimoni Buat Duit Dengan Bisness Mobile Spa.

Dari sini kita boleh lihat betapa bisness Mobile Spa sangatlah mudah dan mampu menjana pendapatan. Dah ada proven results dan juga proven mentor dalam bisness mobile spa BOTG ini.

So, apabila bisness mobile spa ini semakin maju dan boleh menjana pendapatan, semestinya akan banyak impian yang kita boleh capai.

Nampak kan disini, dengan adanya wang impian mudah untuk dicapai. Antara impian yang dah berjaya dicapai oleh ahli team BOTG yang menjalankan bisness Mobile Spa adalah:

  1. Membina rumah
  2. Memiliki kereta idaman
  3. Travell around the world
  4. Belanja mak ayah menunaikan umrah
  5. Belanja keluarga dan anak anak makan
  6. Menyediakan persiapan perkahwinan yang diidamkan.

BERIMPIAN UNTUK MEMILIKI BISNESS MOBILE SPA DI ATAS NAMA SENDIRI


Tak dinafikan juga, pasti ada mereka yang berimpian untuk memiliki bisness mobile spa. Sangat bagus andai ada impian begitu dan bermula dengan berbisness ini juga, impian yang besar dan lagi besar pasti akan tercapai.

Bagi mereka yang berimpian untuk memiliki bisness Mobile Spa diatas nama sendiri, amatlah dialu alukan untuk join bersama team BOTG.

Bina Mobile Spa di atas Nama Sendiri



Alhamdulillah. Saya sendiri pun dah berjaya memiliki bisness Mobile Spa dengan nama D'Rossy Beauty Spa. Fokus saya untuk berikan servis pada wanita diluar sana untuk dapatkan ME TIME dan untuk "release stress".


So, jika anda mempunyai apa apa impian dan rasa nakkk sangat untuk capai impian tersebut, namun tidak tahu bagaimana caranya, anda lah orang yang tepat untuk dibantu.

Saya sedia membantu anda untuk sama2 kita capai impian masing2. Feel free untuk join our teams.

Dah banyak sangat proven results dan yang bestnya proven mentor. Mentor dah dapat kita pun pasti akan dapat sama.

Nak tahu lebih detail? 
Klik link dibawah.

hazirahazli πŸ’š
Beautician BOTG,

#kursusspamurah
#spashaklee
#mobilespa
#mobilespamalaysia
#kelasspaonline
#shakleetriumph2023
#NextlevelBlogging
#shakleethrive2023
#blogmegashaklee
#pengedarshakleeTerengganu
#pengedarShakleeMarang
#pengedarShakleeKelulut.





Wednesday, 10 May 2023

Kelas Bisness Facial Terkini Bersama Team Beauty On The Go ( BOTG )

Assalamualaikum sahabat budiman semua. Terima kasih sentiasa setia bersama dengan nukilan di blog nurhazirahazli. πŸ’š

Ada ke dikalangan sahabat saya ini yang suka akan dunia kecantikan? Memang tak dinafikan kaum wanita memang tak dapat nak dipisahkan dengan kecantikan. Sangat benar kan?😍 Entry kali ini saya nak berkongsi dengan lebih detail tentang Kelas Bisness Facial Terkini bersama team Beauty On The Go ( BOTG ).

Kelas Facial Terkini


Seperti mana yang telah kita ketahui, dengan ilmu kemahiran yang kita ada, kita akan mampu atau berpeluang untuk jana pendapatan.  BACA DISINI. Sama juga dengan ilmu Facial. Apabila anda mengikuti kelas bisness facial, anda boleh dan berpeluang untuk menjalankan bisness facial .

Bisness Facial: Home spa atau Mobile spa


Zaman now, dah banyak kelas facial diluar sana bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Ada kelas facial yang menawarkan harga RM5k, RM6k dan ada juga yang mencecah harga RM10k. Sedihnya, masih ramai juga yang belum dapat balik modal untuk kelaa tersebut, masih ada lagi yang belum pun memulakan bisness Facial setelah habis kelas. Waaaa sayang lah kalau ini gaya kan.😭😭 Dah banyak labur duit untuk kelas namun tak manfaatkannya.

Tapiiiii. Dengan kelas facial bersama team BOTG lain. Apa yang lain?πŸ‘‡πŸ‘‡

KELEBIHAN KELAS FACIAL BOTG


1) Training yang cepat & mudah , dalam 1 hari dah selesai! 

Bagi anda yang bekerja atau pun ada anak kecil, tak perlu risau untuk ikuti kelas facial BOTG ini.

Ini kerana bagi yang bekerja, anda boleh ikuti kursus facial ini pada hari minggu. Jimattt cuti tahunan kan.😁

Dan bagi para ibu, anda juga tak perlu risau untuk tinggalkan anak terlalu lama. Dalam 1 hari dah selesai dan tak perlu untuk ulang balik pada hari esoknya. Senang kan?








2) Kursus Spa yang sgt praktikal & fleksible (ada yg dtg training bawa anak lagi ☺)

Para ibu pasti suka dan seronok part ni. Jadinya ibu ibu tak perlu nak pening pening untuk nak tinggalkan anak anak pada orang lain. Sewaktu mengikuti kelas facial BOTG, para ibu boleh bawa anak untuk datang training.

Dan anda juga boleh buat temujanji dan set kan tempat untuk training. Sama ada di tempat anda sendiri atau pun anda ke tempat trainer.

3) Lengkap produk untuk memulakan bisness Mobile Spa.

Kelaa facial bersama team BOTG lengakap dengan produk juga. Selepas selesai kursus, anda dah boleh terus mulakan bisness spa. Seronok kan?

Jadinya, ilmu yang anda belajar itu terus melekat dalam diri anda kerana anda terus guna dan boleh juga lakukan sebagai latihan pada adik beradik atau kawan2 yang terdekat. Dari sini pun dah dapat duit dari hasil servis facial yang anda boleh tawarkan dengan harga pembukaan.πŸ‘πŸ‘ 



4) Barang asas Spa disediakan 

Barang asas spa seperti skincare, mangkuk, berus spa, span dan beg spa disediakan. 

5) Sijil Penyertaan diberikan

Bagi setiap peserta, anda akan diberikan sijil penyertaan. Anda boleh gunakan sijil ini bagi marketing anda untuk dapatkan customer.

Customer anda akan lebih yakin pada beautician yang ada sijil.

Dapat sijil selesai shj training spa



6) Setiap module BOTG telah disusun dgn teliti agar peserta MAMPU utk apply terus ilmu tersebut. 

Kami JAMIN, setelah selesai sahaja kursus Spa, anda boleh terus mulakan bisness Mobile Spa anda! 

Jadinya, lagi cepat untuk anda boleh dapat balik modal yang anda peruntukkan untuk kelas facial ni kan.πŸ‘πŸ‘

Module BOTG Beserta Teknik Marketing



7) Dengan Ilmu Spa yg kami ajar, anda berpeluang untuk memperoleh pendapatan hari2! Bila ada ILMU, diri anda umpama "magnet" duit tau.

Dengan ilmu kelas facial ini, dimana ada wanita disitu ada peluang dan wang. Pengalaman saya sendiri sewaktu menceburkan diri dengan kelas facial ketika masih lagi bekerja, customer yang saya dapat dikalangan rakan wanita ditempat kerja.

So, sebenarnya sangat mudah untuk kita jana pendapatan jika kita mempunyai ilmu facial ini. Just buka mulut, buka kedai.πŸ˜‰



8) Bimbingan support group & mentor yang akan guide untuk berjaya

Dengan kelas facial BOTG ini, anda akan dimasukkan ke dalam support group dan group ini adalah seumur hidup.

Support group ini sangatlah membantu tambah tambah lagi apabila kita baru selesai kelas. Untuk nak mulakan bisness itu, kata kata semangat dan proven result dari ahli ahli yang lain sangatlah berguna. 

Dia macam auto kita pun jadi lebih bersemangat dan berkobar kobar untuk kita mulakan sama. Once kita dah mulakan, kita juga sebagai ahli baru akan berikan inspirasi dan semangat pada ahli yang lain pula.

9) Setiap Alumni BOTG juga diberi panduan bagaimana untuk mengekalkan kesihatan & kecantikan dari segi luaran juga dalaman.

Panduan ini diberikan melalui kelas2 Nutrisi yg dijalankan oleh pakar Nutrisi yang bertauliah dan terlatih. 

Sangatlah tidak best jika beautician team spa BOTG ini hanya sekadar cantik di luar sahaja namun selalu jatuh sakit. Nak fokus pada servis pun tak dapat kan? Rugi lah kalau macam ni.

Harga Pakej Spa BOTG: RM1,999


Apa yg u akan dapat??

πŸ‘‰ Full set of Youth Skincare
πŸ‘‰ Natural Scrub
πŸ‘‰ Natural Masker
πŸ‘‰ Additional of 2 types of Mask (Gold & Clay)

- - - - - - - - - -

Anda akan dapat juga:

πŸ‘‰Beg SPA
πŸ‘‰Trial kit Spa
πŸ‘‰Ion massage
πŸ‘‰Sijil Penyertaan
πŸ‘‰Hardcopy module beserta Kitab Harga

- - - - - - - - - -

*Belajar 2+1 courses*

*-Facial Relaxing Treatment*
*-Face Massage*
*+1 how to set up home & mobile spa*

*🌹BONUS🌹*

✔ module lengkap
✔ support group
✔ beauty products lengkap
✔ basic tools
✔ lifetime coaching
✔ income 6 penjuru

*-habis training dah terus boleh run spa-*

Wahh sangat seronok dan berbaloi dengan pakej kelas facial BOTG ini. Selain itu, pakej kelas facial BOTG adalah sangat murah dan berbaloi.

TESTIMONI PESERTA KELAS FACIAL BOTG












So, anda berminat? Jangan tunggu lama lama lagi taw. Lagi cepat anda bertindak, lagi cepat anda boleh belajar ilmu kelas facial BOTG dan menjana pendapatan hari hari. Dan dengan ilmu kelas facial BOTG ini juga anda berpeluang untuk mencapai segala impian anda. 

Anda nak join kelas Facial Terkini BOTG?
Terus klik link disini ye.

#kursusspamurah 
#spashaklee 
#mobilespa 
#mobilespamalaysia 
#kelasspaonline
#mobilespaMarang
#mobilespaKelulut
#mobilespaKualaTerengganu
#spabergerakMarang
#spabergerakKelulut
#spabergerakkualaterengganu
#spaorganik

Monday, 8 May 2023

Part Time Job Yang Sangat Menguntungkan Di Malaysia Yang Ramai Belum Tahu

Assalamualaikum semua sahabat blog hazirahazli. Entry kali ini saya nak berkongsi tentang part time job di Malaysia yang sangat menguntungkan.

Zaman now, dah ramai yang memilih untuk lakukan part time job selain dari pekerjaan hakiki. Ada dua kemungkinan iaitu untuk tambahkan pendapatan dan juga kerana minat.
Biasa omputih sebut "pressure or pleasure". πŸ˜‰πŸ˜‰

Terdapat banyak sangat pekerjaan part time yang boleh kita lakukan sama ada dirumah mahupun diluar rumah. Antaranya adalah;

1) Grab car
2) Grab food
3) Guru tuisyen/ guru Al-Quran
4) Perniagaan online
5) Ejen dropship
6) Menjahit
7) Penulis buku
8) Penterjemah
9) Tempahan hantaran kahwin
9) Mobile spa

PENGALAMAN DALAM PART TIME JOB-MOBILE SPA

Pada November 2017, saya mula daftarkan diri dan mengikuti latihan untuk menjadi seorang beautician bersama team Mobile Spa The Walking Beauty. Kini dikenali sebagai Team Beauty On The Go (BOTG).

                    Training Spa One to One

Minat???πŸ€”πŸ€”
Jauh disudut hati kurang berminat dan juga kurang keyakinan diri untuk lakukan servis spa.

Namun, yang saya fikir waktu itu adalah cara untuk saya nak tambahkan income dan juga untuk tambah satu ilmu kemahiran.

Selalu aje kita dengar, dengan adanya ilmu kemahiran, kita dicampak ke kawasan mana pun kita dapat survive. Dan sangatlah penting untuk memilih ilmu kemahiran yang juga boleh jana pendapatan seperti bisness Mobile Spa.
Customer Spa yang pertama setelah selesai                          training one to one

5 SEBAB KENAPA PERLU PILIH BISNESS MOBILE SPA BOTG

1) Sentiasa mendapat permintaan yang tinggi.

Wanita dan kecantikan memang tak dapat dipisahkan. Kini ramai wanita yang bekerjaya dan masih ramai yang tiada masa untuk ke pusat kecantikan. 

Jadinya, ramai dikalangan wanita yang bekerjaya ini memilih servis mobile spa. Mereka hanya menunggu dirumah dan beautician akan ke rumah mereka. Mudah kan..πŸ‘πŸ‘

                    Part time job Mobile Spa

2) Masa yang sangat fleksibel

Part time job dengan mobile spa ini sangat senang kerana kita boleh sesuaikan masa kita dengan customer kita. 

Selain itu, bagi mereka yang di siang harinya bekerja hakiki, pada waktu malam mereka boleh jalankan bisness mobile spa ini. Sangat seronok dan mudah bukan?

3) Tanpa sewa kedai dan ambil staff.

Paling seronok adalah hasil dari servis spa adalah 100% milik kita dan masuk poket kita.😍😍

               Hasil servis spa 100% milik kita

4) Modal yang berpatutan.

Dalam team BOTG, pakej belajar spa yang ditawarkan adalah "Pakej Seret Beg".

Selesai sesi latihan, kita terus boleh buat duit dan letak target untuk pulang balik modal. Hal ini akan diajar oleh trainer terlatih dan juga pengasas Team Spa BOTG.

Paket Seret Beg ini adalah sangat murah kerana produk dan juga alatan facial turut disediakan.

5) Pulangan modal dalam masa yang singkat.

Selesai sahaja latihan, kita boleh tetapkan harga servis spa dan tempoh jangka masa untuk kita kumpul dan pulangkan balik modal.

Proven Results: Pulang Modal dalam masa sebulan.

Haaaa. Macam mana? Berbaloi tak jika kita ada ilmu spa ini? 

Bisnes Mobile Spa pun antara bisnes yang sangat berbaloi dan menjana pendapatan yang lumayan. Bagi yang nak jadikan sebagai full time job pun boleh juga.πŸ‘πŸ‘

Anda nak cuba servis part time job mobile spa dengan saya? 
Saya cover area Marang,Kelulut, Kuala Terengganu.

Jika anda nak cuba tapi berada di tempat lain pun boleh. Ada team saya di seluruh Malaysia yang buat part time job mobile spa ni juga.

Ke anda pun minat nak jadi beautician Spa? Boleh hubungi saya ye untuk kedua-dua hal di atas. Saya sedia membantu anda.

klik link dibawah.

Ok, sampai sini dulu entry kali ni. Jumpa lagi nanti. Harap entry ni dapat membantu korang ya untuk memilih part time job yang sesuai.

 Nur Hazirah,
Beautician BOTGπŸ’š

#kursusspamurah
#spashaklee 
#mobilespa 
#mobilespamalaysia 
#kelasspaonline