Wednesday 13 September 2023

Syoknya Mengandung Dengan Set Mengandung Shaklee

Assalamualaikum sahabat setia blog hazirahazli. Pada entry kali ini saya akan berkongsi tentang barisan vitamin dalam Set Mengandung Shaklee.




Semestinya mengandung memang menjadi idaman dan impian setiap isteri kan? Sangatlah penting bagi Wanita Mengandung untuk dapatkan segala nutrisi untuk keperluan badan mereka dan juga bayi di dalam kandungan.

Boleh baca DISINI keperluan sebelum mengandung yang para isteri perlu ambil tahu.

SET MAMA SHAKLEE


Set MAMA Shaklee

Pada bulan ini,Shaklee telah keluarkan produk baru iaitu Embun dari Tanamera.

Shaklee telah bekerjasama dengan Syarikat Tanamera untuk hasilkan produk EMBUN. Produk ni khas untuk Shaklee sahaja dan tidak dijual di luar sana.

Shaklee telah mengambil masa selama 2 tahun untuk keluarkan produk Embun ini dan para saintis juga pergi melawat sendiri kilang Tanamera ini. Alhamdulillah akhirnya produk Embun berjaya dikeluarkan formulasi dari Tanamera khas untuk Shaklee.

SET HAMIL SHAKLEE TERKINI


Prenatal Mama Wellness Set

Prenatal Mama Wellness Set ini bukan hanya sesuai untuk ibu hamil, namun sesuai untuk semua kerana nutrient didalam produk yang terdapat dalam set ini banyak manfaatnya.

Saya akan kongsikan secara details tentang set hamil Shaklee yang terkini. Dalam set ini terdapat 6 produk iaitu 4 produk untuk penjagaan dalaman dan 2 produk Tanamera untuk penjagaan luaran.

Set Hamil Shaklee

Set Hamil Shaklee ini lengkap dengan nutrient untuk sumber protein, kalsium, Vitamin B dan juga zat besi. 

Nutrient Penting Untuk Ibu Hamil

Nutrient ini boleh di dapati dalam produk iaitu;

Energizing Soy Protein ( ESP )

Energizing Soy Protein

ESP adalah sumber protein dari sumber tumbuhan. Protein ini sangat penting bagi tumbesaran bayi di dalam kandungan 

  • Protein membantu dalam pembentukan organ, tisu, otot dan keseluruhan struktur badan bayi.

  • Tumbesaran dan penyelenggaraan tisu badan ibu. Sewaktu proses kehamilan ia memberikan tekanan kepada tubuh badan wanita seperti meregangkan sel-sel dan rahim.

  • Menyokong imuniti ibu. Protein ini penting untuk fungsi normal sistem pertahanan badan


Manfaat ESP

✅ Vitamin B- Complex with asid Folic

B-complex with Folic Acid


Vitamin B Complex Shaklee lengkap dengan asid folic. Asid folik ini sangat penting bagi tumbesaran janin dari peringkat awal kehamilan lagi.

Sebab itulah ibu hamil perlu ambil Vitamin Asid Folic ini seawal 3 bulan sebelum kehamilan.

Ini kerana untuk mengurangkan risiko kecacatan pada bayi seperti Spina Bifida.




  • Vitamin B ini menyokong pembentukan tiub saraf. Folic acid (B9) penting untuk membentuk tiub saraf dan pengambilan yang mencukupi mengurangkan risiko kecacatan.

  • Menyokong kesihatan otak dan sistem saraf. Vitamin B mencegah isu-isu seperti gangguan perkembangan serta menyokong perkembangan kognitif janin.

  • Merangsang penghasilan tenaga ibu. Vitamin B membantu tubuh badan memanfaatkan nutrien-nutrient untuk penghasilan tenaga.

Vita-Lize iaitu sumber Multivitamin dan zat besi

Manfaat Vita-Lize 


Multivitamin dan zat besi menyokong dalam penghasilan sel darah merah. Ia juga membantu dalam:

  • Membekalkan nutrien-nutrien penting untuk ibu. Multivitamin mengisi jurang pemakanan ibu untuk mengekalkan tubuh badan yang sihat.

  • Mencegah masalah anemia. Zat besi penting untuk menghasilkan lebih banyak sel darah merah yang diperlukan untuk peningkatan isipadu darah.

  • Membekalkan oksigen untuk janin. Oksigen penting perkembangan dan tumbesaran bayi, pembahagian sel dan kesejahteraan keseluruhan.


Ostenutrix

Ostenutrix Shaklee


Ostenutrix adalah sumber kalsium. Juga mengandungi Magnesium, Boron, Zinc dan nutrient yang lain lagi yang diperlukan untuk kesihatan tulang dan untuk menguatkan tulang.

Pengambilan kalsium yang mencukupi sangat penting bagi ibu hamil kerana untuk:

  • Menyokong kesihatan tulang ibu. Kalsium adalah nutrisi penting untuk menyokong tumbesaran tulang bayi. Kalsium yang mencukupi penting untuk menyokong tulang ibu sepanjang proses kehamilan.

  • Mengurangkan kekejangan otot. Kalsium penting dalam mengawal atur pengecutan otot. Ia membantu mengurangkan kekejangan otot semasa kehamilan.

  • Mengurangkan risiko komplikasi kehamilan. Kalsium dapat mengurangkan risiko komplikasi kehamilan seperti darah tinggi ketika hamil dan kelahiran pramatang.


Keistimewaan Ostenutrix Shaklee

Ostenutrix Shaklee bukan sekadar kalsium. Ostenutrix sangat istimewa dan kandungannya juga kaya dengan sumber nutrient yang lain yang diperlukan oleh tubuh badan kita.


PRODUK PENJAGAAN LUARAN BAGI IBU HAMIL

Kini proses kehamilan menjadi lebih seronok kerana Shaklee telah menyediakan 2 produk terbaru dari Tanamera yang sangat bermanfaat buat ibu hamil. Produk ini diberi nama EMBUN dan terasa sangat dekat dengan jiwa ibu ibu hamil.😍😍

Smooth Tummy Oil

Smooth Tummy Oil

Kandungan Smooth Tummy Oil

Shaklee dan kajian memang tak dapat dipisahkan. Produk Smooth Tummy oil ini juga dihasilkan dari sumber yang organik dan selamat digunakan pada badan orang dewasa dan juga bayi.

Antara kandungan utama dalam Smooth Tummy Oil ini adalah:

1) Minyak Kelapa Dara
  • Asid laurik - Meningkatkan pengeluaran kolagen, melembapkan kulit.
  • Antioksida - Mengurangkan keradangan
  • Anti-bakteria - Mempercepatkan proses penyembuhan dan mengurangkan gatalan yang disebabkan oleh rekahan kulit


2) Gula tebu Skualen
  • Emolien semulajadi - melembapkan kulit, meningkatkan keanjalan kulit.
  • Ringan & tidak komedogenik - tidak menyumbat liang pori, sesuai untuk semua jenis kulit.

3) Minyak Halia Bentong
  • Kaya antioksidan - melindungi kulit daripada kerosakan
  • Anti-radang - sesuai untuk kulit sensitif.
  • Anti-bakteria & anti-mikrob - menguruskan jerawat dan jangkitan pada kulit.
  • Sebagai minyak pati - penghidratan kulit, keselesaan.

Cara penggunaan:

Selepas mandi
✅ 2 kali sehari
✅ Menggunakan tapak tangan, urut perut, payudara, paha, pinggul & punggung dalam gerakan bulat (5 pusingan dengan ulangan 3 kali


Manfaat:

πŸ’š Mengurangkan tanda regangan dan selulit

πŸ’š Melancarkan peredaran darah.

πŸ’š Merangsang penghasilan kolagen untuk meningkatkan keanjalan kulit.


Relaxing Magnesium Gel

Sebagai ibu moden, mengimbangi tanggungjawab keluarga dan tugas harian
menyebabkan keletihan, hingga berasa sakit otot, lenguh badan, tidur terganggu, dan banyak lagi. Relaxing Magnesium Gel pasti dapat mbantu para ibu khasnya.

Relaxing Magnesium Gel

Antara kandungan utama dalam Relaxing Magnesium Gel ini adalah:

1) Minyak Lavender Asli
  • Linalool semulajadi - aroma & kesan menenangkan.
  • Aromaterapi - Menggalakkan tidur nyenyak, mengurangkan tekanan, sakit kepala dan migrain.
  • Antiseptik, antimikrob - berkesan dalam penyembuhan luka.

2) Minyak Halia Bentong
  • Gingerol - memberi bau yang berpotensi untuk mengurangkan tekanan dan kebimbangan
  • Minyak pati - menghidrat kulit


3) Minyak Magnesium
  • Magnesium – tenangkan otot & fungsi saraf1
  • Minyak magnesium – melembapkan secara mendalam & kulit berseri.
  • Pelembap yang berkesan - Hidrasi optimum.

Cara penggunaan:

✅ Sapukan sebelum tidur
✅ Boleh digunakan pada bahagian lenguh dan sakit2 badan.

Manfaat:

πŸ’š Menenangkan otot

πŸ’š Menyokong fungsi saraf

πŸ’š Kurangkan tahap tekanan

πŸ’š Meningkatkan kualiti tidur


So, inilah antara 2 produk EMBUN dari Tanamera untuk penjagaan luaran bagi ibu hamil.


TIPS KESIHATAN KETIKA HAMIL

Jadikan pengalaman hamil adalah suatu perjalanan yang menyeronokkan. Terdapat ujian dan cabaran sewaktu mengandung ini. Namun ada tips untuk kita atasinya.

Ujian dan Cabaran Ibu Hamil

Tips kesihatan bagi atasi masalah mabuk hamil.

❤️ Makan secara kerap tetapi dalam saiz hidangan yang kecil

❤️ Elakkan makanan berlemak, pedas dan bergoreng

❤️ Sertakan buah-buahan sitrus dan halia dalam pemakanan anda

❤️ Sapu minyak pati dan aromaterapi pada kulit anda.

❤️ Ambil lebih vitamin B6, untuk menangani loya

❤️ Ambil suplemen kehamilan anda


Tips kesihatan bagi atasi masalah kepenatan

🌺 Tidur di siang hari.

🌺 Tidur lebih awal pada waktu malam.

🌺 Jangan tinggalkan vitamin B.

🌺 Ambil zat besi secara mencukupi untuk

menyokong penghasilan sel darah merah.

🌺 Ambil protein, protein dan protein. Ia

membekalkan tenaga untuk menyokong

hari anda.

🌺 Kurangkan makanan manis.


Tips kesihatan bagi atasi masalah kekejangan otot

🦴 Jangan duduk atau berdiri dalam posisi

sama terlalu lama.

🦴 Lakukan regangan sebelum tidur untuk

merehatkan otot anda.

🦴 Tinggikan posisi kaki anda pada waktu

malam untuk mengurangkan pengumpulan air.

🦴 Urut kaki anda dengan minyak magnesium apabila anda mengalami kekejangan.

🦴 Ambil suplemen kalsium dan magnesium

setiap hari.

Tips kesihatan bagi atasi masalah sakit belakang.

✓ Regangkan bahagian bawah belakang secara berkala.

✓ Amalkan postur yang betul .

✓ Pilih kasut dengan sokongan tapak yang betul.

✓ Tidur mengiring – Gunakan bantal kehamilan untuk sokongan.

✓ Ambil asid lemak Omega-3 untuk mengurangkan keradangan dan penjagaan tulang dan tisu yang sihat.

✓ Ambil kalsium untuk menguatkan jisim tulang.


So, jadikanlah pengalaman hamil ibu2 semua suatu yang menyeronokkan dan memudahkan dengan bantuan dari Set Hamil Shaklee. In shaa Allah. Saya sendiri dah merasai kesannya dan anda pun In shaa Allah akan turut merasai kesan yang sama. Alhamdulillah 🀲🏻

Nak dapatkan produk-produk Shaklee ini? Terus hubungi saya secara direct dengan KLIK di WHATSAPP.


Jom dapatkan segera. PM saya dan saya bantu.


Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini!


Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ni siap-siap. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus selepas pendaftaran.

https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1242228


Sekian. Semoga entry saya ni memberi manfaat kepada semua. Jaga kesihatan baik-baik semua.πŸ’š


hazirahazli πŸ’š

Your Trusted Shaklee Independent Distributor
No.ID: 1242228


#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#NextlevelBlogging
#blogmegashaklee
#pengedarShakleeMarang
#pengedarshakleeTerengganu
#pengedarShakleeKelulut.
#kursusspamurah 
#spashaklee 
#mobilespa
#mobilespamalaysia 
#kelasspaonline
#resVvixchallenge 
#feelyoung 
#polyphenols 
#coolparents 
#myyouthfulpower
#shaklee
#sethamil
#setberpantang
#poundwithmaster2beradik
#poundclub


No comments:

Post a Comment