Tahun ini juga adalah tahun kedua kami adik beradik beraya tanpa ibunda tercinta. Al-Fatihah buat arwah MA. Semoga arwah MA ditempatkan bersama dengan golongan soleh solihin. Amin
Alhamdulillah. Kami suami isteri dua dua orang kelahiran Negeri Penyu, Negeri Terengganu.π€ Daerah aje lain lain. Saya daerah Kuala Terengganu dan suami daerah Marang. Kalau nak tahu dekat aje pun daerah kami ni. Bersebelahan aje. Alhamdulillah.π
Pada tahun ini, sebelah pagi beraya di rumah family saya. Kami balik pada malam raya dan sempat bantu adik2 masak bersama sama dimalam raya. Juadah di pagi hari raya tahun ini adalah nasi beriyani, ketupat, rendang daging dan tapai.
Hahhh cakap pasal tapai, saya dan kakak buat sendiri ye.π First time belajar buat tapai. Tahun sebelum2 ni kami adik beradik bungkus aje guna daun getah. Namun, tahun ini kami belajar buat dari A-Z. Sedihnya, tapai kami ada yang menjadi dan ada yang tak.π₯²π₯²
Biasa kan kita dengar mitos pasal buat tapai ni. Waktu membungkus tak boleh bising2. Haaa macam biasa la kami ni adik beradik suka bercakap ππ Namun sebenarnya tak menjadi tu kes ragi. Ragi tak rata. Itulah faktanya.π€ Tak apa. Kami belajar dari kesilapan dan kami dah ada ilmu dah pasal cara cara membuat tapai pulut.ππ
Ada cerita lucu lagi pasal ragi ni taw. Dihari nak membungkus tapai tu, cari cari ragi tiada. Tak jumpa. Bermula la episod ragi hilang dan perlu pergi beli baru. Nasib baik la pasar yang terdekat dengan rumah ada jual ragi. Kalau tak naya mak kena pergi ke Pasar Kedai Payang kat bandar Kuala Terengganu tu.. Fuhhhππ
Macam biasa, selesai aktiviti makan makan kami akan keluar beraya ke rumah saudara mara disekitar rumah. Alhamdulillah. Rezeki jugak rumah saudara mara dekat aje dan kami pergi jalan kaki aje beramai ramai dalam suasana kampung.
GAMBAR RAYA PERTAMA KAMI SEKELUARGA
Raya kedua kami beraya dirumah sendiri di kampung Kelulut. Baru la sempat untuk kami beraya dirumah jiran jiran.
Apa2 pun posing la dulu kami anak beranak sebelum pergi beraya.✌️✌️ Pun dalam suasana kampung.
Yang menarik pada hari raya kali ini adalah pergi melawat tempat bersejarah iaitu Monumen Batu Bersurat Kuala Berang. Dah alang alang kami berada di Kuala Berang dan tempat monumen tu pun belum pernah jejak jugak. So, kami ambil la peluang ni kan.ππ
Selain dari itu juga, raya kali ini sangatlah lain dari tahun sebelumnya kerana diberikan rezeki untuk berjumpa dengan Mama Homeroom dan juga adik beradik homeroom sewaktu belajar di Maktab Rendah Sains Mara Kuala Terengganu batch 05/06.
Setelah hampir 18 tahun tak bertemu mata namun masih lagi bertanya khabar di alam maya, tahun ini dapat berziarah raya. Syukur Alhamdulillah.π€²
Sebenarnya, adik beradik homeroom tu juga merangkap anak team Shaklee saya juga. Alhamdulillah. Ukhwah kami masih lagi terjalin asbab Shaklee.π Bermula dengan set menyusu Shaklee dan sehingga kini masih lagi amalkan supplement Shaklee especially produk dalam Set Rahmah promosi bulan ini.
Tak lupa juga sempat kami ziarah raya ke rumah bekas pengasuh anak2 kami. Pengasuh pada waktu PKP. Kesnya taska hadkan penghantaran anak2 dan kami suami isteri dah start masuk office. So, terpaksa lah kami mencari pengasuh untuk anak2. Alhamdulillah. Allah permudahkan urusan kami.
Pada waktu itu, rasa berbelah bagi dan juga risau sebab belum pernah lagi kami hantar anak2 ke rumah pengasuh selain dari taska. Dengan amalkan zikir Ya Allah, Ya Hafiz Ya Muhaimin, Allah yang Maha Penjaga, hati menjadi lebih tenang dan sedar Allah yang Maha menjaga anak2 kita dan kita sebagai ibu ayah adalah perantaranya. π€²
Dan walaupun musim raya, bisness tetap on. Masih sempat cod vitamin ke rumah customer. Syukur Alhamdulillah.
Anda nak order vitamin jugak? Klik aje link di bawah ye.
Selagi belum habis bulan Syawal, selagi itula ada undangan jamuan raya. In shaa Allah kami adik beradik juga akan adakan jamuan raya beserta Majlis tahlil buat arwah MA pada hujung minggu ini. Semoga majlis berjalan dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan kami sekeluarga. Amin Ya Mujib.
hazirahazli ππ,
Your Trusted SID,
Business Builder.
Leader Shaklee Anda.
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#NextlevelBlogging
#blogmegashaklee
#pengedarshakleeTerengganu
#pengedarShakleeMarang
#pengedarShakleeKelulut.
No comments:
Post a Comment