Assalamualaikum sahabat setia blog hazirahazli. Alhamdulillah dapat bersua kembali kita pada hari ini.๐
Entry kali ini saya akan berkongsi info tentang vitamin E juga dikenali sebagai "Vitamin Cinta" bagi suami isteri.❤️❤️
Dalam setiap perhubungan suami isteri, semestinya menjadi idaman dan pelengkap bagi rumahtangga dengan kehadiran cahaya mata.
Ada yang sekejapan dah berjaya hamil, ada juga yang bertahun tahun baru dapat rezeki untuk hamil. Namun, itu semua adalah rezeki dari Allah dan setiap wanita itu memang akan ada berpeluang untuk hamil. In shaa Allah.
Bagi mereka yang sedang ikhtiar untuk hamil, teruskan ikhtiar dari segi menjaga pemakanan, emosi dan juga dengan amalkan gaya hidup yang sihat. Bukan dari pihak isteri sahaja namun dari pihak suami juga.
Suami dan isteri ada peranan masing masing dan yang paling utama adalah sentiasa minta dan berdoa pada Allah swt.
Bagi pasangan yang ikhtiar untuk hamil, salah satu nutrient yang diperlukan adalah Vitamin E dan selenium selain dari coenzyme-Q10.
APAKAH VITAMIN E?
➢ Vitamin E dikenali sebagai vitamin larut-lemak.
➢ Ia mempunyai ciri antioksidan yang melawan
radikal bebas di dalam badan.
➢ Vitamin E merupakan vitamin yang penting dan diperlukan tubuh badan untuk organ-organ tubuh badan berfungsi.
➢ Ia juga dikenali sebagai vitamin jantung dan
mempunyai manfaat-manfaat penting untuk
kesihatan.
>>>>>Selenium adalah sejenis mineral yang mempunyai fungsi antioksidan yang kuat.
✓ Bekerjasama untuk menyokong
fungsi vitamin E.
MANFAAT VITAMIN E
Vitamin E sangat penting dan diperlukan oleh tubuh badan untuk sesuatu organ badan itu berfungsi. Antara manfaat Vitamin E adalah:
1) Untuk menyokong kesihatan mata.
Vitamin E dapat mengurangkan risiko pembentukan kataraks mata.
- Vitamin E mengurangkan 20% risiko AMD (Kemerosotan Mata disebabkan Penuaan)
- Kepekatan yang tinggi di dalam membran sel dan mengurangkan kerosakan sel akibat cahaya UV
|
Tahukah anda? |
2) Menyokong kesihatan jantung.
Vitamin E dapat menambah baik peredaran darah dan mengekalkan kesihatan jantung.
Vitamin E ini berfungsi dalam melindungi salur darah daripada kerosakan dan oksidatif.
- Menghalang oksidasi kolesterol LDL untuk mengurangkan risiko pembentukan plak.
- Menyokong kesihatan jantung untuk mengepam 7,570 L darah sehari.
|
Tahukah anda? |
3) Menambah baik pergerakan sperma
>>>>>Tahukah anda?
Sel sperma adalah sel yang sangat kecil dan mampu hidup selama 72 jam.
Vitamin E ini membantu melindungi sel membran sperma dari kerosakan.
- Vitamin E bekerjasama dengan Selenium untuk melindungi ciri-ciri sperma.
- Meningkatkan peluang untuk hamil bagi wanita
Terdapat satu kajian tentang tahap kesuburan lelaki. Seramai 690 lelaki tidak subur diberikan supplement Selenium dan Vitamin E selama 14 minggu.
Keputusan nya adalah:
|
Keputusan Kajian.
|
4) Mengekalkan kulit berseri.
Vitamin E membantu melawan radikal bebas pada kulit.
- Membantu menguatkan lapisan kulit dan melindungi daripada kerosakan.
- Berfungsi sebagai anti-radang semulajadi untuk meredakan dan menenangkan kulit.
>>>>>Tahukah anda?
15% berat badan adalah daripada berat kulit.
5) Fungsi otak yang lebih baik.
Vitamin E membantu menambah baik fungsi kognitif seiring dengan peningkatan usia.
- Kajian mendapati bahawa vitamin E bukan sahaja menambah baik fungsi kognitif, tetapi juga mengurangkan risiko penyakit Alzheimer
- Vitamin E mempunyai kemampuan menerima dan menggunakan DHA di dalam neuron.
>>>>>Tahukah anda?
Otak manusia terbentuk sempurna pada umur 25 tahun.
FUNGSI VITAMIN E BUAT SUAMI ISTERI
Vitamin E adalah nutrient yang sangat penting pada tubuh badan dan badan tidak dapat nak menghasilkan vitamin E. So, vitamin E perlu diambil dari sumber luar dan vitamin E ini adalah vitamin yang tinggi dengan antioksidan.
Pasangan yang ikhtiar untuk hamil perlu ambil Vitamin E ini bagi melengkapkan segala nutrisi yang kurang di dalam tubuh badan.
Selain itu, Vitamin E dikenali sebagai antioksida yang melindungi badan kita daripada tekanan oksidatif dan membantu meningkatkan kesejahteraan menyeluruh bagi suami dan isteri.❤️❤️
Vitamin E untuk Suami dan Isteri!❤️
1) Menyokong Kecergasan dan Kesihatan Otot
Ketika menjalani latihan atau senaman, otot anda akan menghasilkan tenaga dan radikal bebas. Vitamin E dapat membantu untuk:
• Mengekalkan jisim otot yang sihat dengan mencegah kerosakan kepada sel-sel otot yang disebabkab oleh radikal bebas.
• Melegakan kesakitan otot selepas latihan dan senaman dengan membantu mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
2) Menggalakkan Fungsi Jantung Yang Sihat
Dengan ciri antioksida, vitamin E membantu untuk:
• Menghalang proses oksidasi LDL (kolesterol tidak baik) pada lapisan dalam dinding salur darah.
• Meningkatkan pengaliran darah yang lebih lancar dengan mencegah pembentukan plak atau penyumbatan dalam salur darah.
3) Meningkatkan Kualiti Sperma.
Ambillah vitamin E untuk memantapkan ciri kelelakian bagi suami. Ia menggalakkan:
• Struktur sperma yang sihat dan sempurna.
Struktur sperma yang normal ( kepala dan ekor yang kuat) penting untuk meningkatkan peluang menyuburkan telur.
• Pergerakan sperma dalam arah yang betul.
Sperma juga mestilah aktif berenang dan bergerak ke arah telur. Jadi, sperma yang tinggi pergerakkannya boleh meningkatkan kesuburan.
• Pengurusan andropaus yang lebih baik.
Kesihatan badan dan emosi bagi lelaki juga sangat penting bagi memastikan sperma kekal sihat.
4) Meningkatkan Kesuburan Wanita.
Vitamin E adalah vitamin yang penting untuk ovari yang membantu untuk:
• Bertindak sebagai antioksida anti-penuaan untuk menyokong kualiti telur.
• Meningkatkan mukus serviks untuk menjadikan sperma lebih mudah untuk hidup lebih lama.
• Membantu telur yang tersenyawa terus melekat pada dinding rahim.
5) Untuk Kulit Yang Lebih Sihat
Bahan yang biasa ditambah dalam rangkaian produk kosmetik ini membantu untuk:
• Mengurangkan kerosakan kulit akibat sinaran UV.
• Membekalkan zat dan melindungi kulit anda daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
VITA-E COMPLEX SHAKLEE
|
Vita-E Complex Shaklee |
Vita-E Complex Shaklee ini adalah antioksidan yang penting untuk mengekalkan tahap kesihatan yang baik.
1 kapsul membekalkan:
- 400IU vitamin E dari sumber semulajadi iaitu daripada minyak kacang soya dalam bentuk D- alpha- tocopherol. Ia merupakan bentuk aktif biologi vitamin E dan pebih mudah diserap oleh tubuh badan.
- 65mcg Selenium yang melengkapi aktiviti vitamin E untuk berfungsi secara lebih optimum
- 39.4mg ekstrak biji anggur yang lengkap dengan proantosianidin yang mempunyai ciri-ciri antioksidan yang baik.
|
Keistimewaan Shaklee |
>>>>>Tahukah anda?Untuk mendapatkan 400IU Vitamin E, anda perlu ambil 11 cawan minyak kacang soya sehari.
So, bagi pasangan yang nak ikhtiar hamil, bolehlah cuba amalkan
Vitamin E Shaklee ini dalam pemakanan harian. Juga boleh ambil bersama
Vitamin Coq-trol Plus bagi memberikan sel tenaga berada pada tahap yang optimum.
Nak dapatkan produk-produk Shaklee? Terus hubungi saya secara direct dengan KLIK di
WHATSAPP.
Jom dapatkan segera. PM saya dan saya bantu.
Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini!
Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ni siap-siap. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus selepas pendaftaran.
Sekian. Semoga entry saya ni memberi manfaat kepada semua. Jaga kesihatan baik-baik semua..
hazirahazli ๐
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
No.ID: 1242228
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#NextlevelBlogging
#blogmegashaklee
#pengedarShakleeMarang
#pengedarshakleeTerengganu
#pengedarShakleeKelulut.
#kursusspamurah
#spashaklee
#mobilespa
#mobilespamalaysia
#kelasspaonline
#resVvixchallenge
#feelyoung
#polyphenols
#coolparents
#myyouthfulpower
#shaklee
No comments:
Post a Comment