Tuesday, 22 August 2023

Doa Yang Bagus Diamalkan Untuk Para Wanita

Assalamualaikum sahabat blog hazirahazli yang sangat positif dan ceria.πŸ™‚πŸ™‚ Entry kali ini suka saya untuk share 3 doa yang saya selalu amalkan.


Kita para wanita yang bergelar isteri dan ibu doanya sangatlah mustajab. Kata-kata dan apa yang kita sangka itu adalah doa. So, sangat penting untuk kita sama2 menjaga kata- kata dan juga bersangka baik dalam semua hal. In shaa Allah Allah akan sentiasa bersama orang yang sabar. Amin.

Dalam institusi kekeluargaan, ibu adalah mahkota di dalam sebuah keluarga. Andai baik emosi seorang ibu atau isteri, maka harmoni, aman damai keluarga tersebut. In shaa Allah.


PANDUAN BERDOA DENGAN BETUL

Ramai diantara kita yang ada masalah berdoa dan tertanya tanya bagaimanakah cara berdoa yang paling baik?

Skrip yang bagaimana agar doa mudah dimakbulkan oleh Allah?

Dikongsikan dari hasil penulisan dalam Buku 121 Formula Tarik Rezeki penulisnya Nora Yusuf.

Panduan berdoa yang betul yang dipetik daripada Ustaz Masri Ramli.

Bersangka baik dalam isi berdoa. Maksudnya adalah:
  • Keyakinan yang kuat dengan janji Allah SWT
  • Meyakini bahawa Allah SWT akan menjawab doa kita.
  • Meyakini bahawa Allah SWT akan memberikan kemaafan, memasukkan ke dalam Syurga dan menyelamatkan daripada neraka.
Oleh itu, salah satu tips agar doa kita menjadi mustajab adalah bersangka baik dengan Allah dalam berdoa dan meyakini bahawa Allah akan menerima doa kita. In shaa Allah.

Selain itu,  dalam kisah Nabi Allah Sulaiman adalah seorang nabi yang sangat simbolik dengan kekayaan, rezeki yang mencurah-curah dan dikurniakan kerajaan yang agung oleh Allah SWT.

Kisah yang terdapat di dalam Al-Quran tentang bagaimana Nabi Sulaiman memperolehi semua keberlimpahan ini hanya dengan satu doa iaitu:

"Ya Tuhanku, ampunilah aku dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku, Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi" ( Al-Quran Surah Shad ayat 35).

Doa Nabi Sulaiman

Berdasarkan doa diatas, Nabi Sulaiman berdoa dengan rendah diri, sifat kehambaan dan juga Nabi Sulaiman awali sebuah doa dengan memohon keampunan dan istighfar terlebih dahulu.

Ini kerana dosa boleh menghalangi sebuah doa dan istighfar adalah salah satu cara memohon keampunan kepada Allah SWT.








DOA SENJATA ORANG MUKMIN

Antara 3 Doa Yang Bagus Diamalkan dan saya juga sering amalkan di dalam kehidupan seharian ini.

1) Doa penarik rezeki.

Doa yang dikongsikan dari Ustazah Norhafizah Musa.

Doa cepat mustajab

Dibaca sebanyak 7x selepas selesai Solat.

Dibaca dengan hati yang tenang dan yakin dengan pertolongan dari Allah.

https://www.instagram.com/reel/Cua56-MpdCI/?igshid=NTc4MTIwNjQ2YQ==


2) Doa untuk lembutkan hati anak2 

Ibu ayah boleh bacakan doa ini dan ditiupkan pada ubun anak2 sekerap mungkin. Boleh dijadikan rutin setiap malam sebelum masuk tidur atau pun sewaktu anak2 nak ke sekolah.

Semoga anak-anak kita bersatu hati, berpakat baik di antara adik beradik dan terang hati dalam pembelajaran. Semoga anak-anak ibu ayah berjaya menjadi seorang Al-hafiz dan Al-hafizah. Amin..in shaa Allah.

Doa Pelembut Hati Anak


3) Doa Nabi Yusuf dalam mulut ikan Nun

Doa ini juga elok diamalkan. Apabila ibu2 ada masalah besar atau kecil, ditimpa musibah, berada dalam kesedihan. Baca doa ini dengan penuh yakin dan In shaa Allah akan diberikan berita gembira selepasnya. 

Doa Menghilangkan Kesusahan


Semoga entry ini memberi manfaat kepada sahabat pembaca budiman. Jom sama2 kita amalkan doa tersebut.

Yang penting adalah istiqomah dan yakin pada pertolongan Allah SWT.

Sahabat semua mencari circle yang positif? Jemput ke entry sahabat saya disini. DOA YANG BAGUS UNTUK WANITA.

Atau boleh klik link WhatsApp untuk join circle positif bersama team kami.πŸ’šπŸ’š


hazirahazli πŸ’š
Your Trusted Shaklee Independent Distributor 
No.ID: 1242228

#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#NextlevelBlogging
#blogmegashaklee
#pengedarShakleeMarang
#pengedarshakleeTerengganu
#pengedarShakleeKelulut.
#kursusspamurah 
#spashaklee 
#mobilespa
#mobilespamalaysia 
#kelasspaonline
#resVvixchallenge 
#feelyoung 
#polyphenols 
#coolparents 
#myyouthfulpower
#shaklee



No comments:

Post a Comment