Thursday, 9 February 2023

Intermittent Fasting Untuk Gaya Hidup Lebih Sihat

Assalamualaikum semua. Selamat datang ke entry saya pada hari ini. Entry kali ini saya akan ceritakan berkaitan dengan Intermittent Fasting.



 
Anda kat sana dah biasa dengar ke pasal Intermittent Fasting ni atau nama singkatan dia adalah IF.

IF mempunyai banyak kategori. Jom saya tunjukkan antara glosari umum IF:

1) Intermittent Fasting- Berpuasa Terputus
2) Fasting- Berpuasa
3) Wet Fast- Berpuasa boleh minum air (kosong, kopi 0/teh 0 tiada gula atau dengan pemanis 0 kalori.
4) Dry Fast - Berpuasa dengan tidak makan dan tidak minum
5) 16/8 - Berpuasa 16 jam dengan waktu makan hanya 8 jam 
6) 20/4 - Berpuasa 20 jam dengan waktu makan hanya 4 jam
7) 23/1 - Berpuasa 23 jam dengan waktu makan hanya 1 jam
8) OMAD - One Meal A Day (makan hanya sekali sehari dan berpuasa pada waktu lainnya)
9) OM2D - One Meal in Two Days. Makan hanya sekali dalam tempoh dua hari. 
10) EF - Extended Fasting (berpuasa lebih dari 24 jam hingga 48 jam)
11) PF - Prolonged Fasting (berpuasa lebih dari 48 jam)
12) SD - Snake Diet (Sejenis sistem berpuasa PF menggunakan formulasi minuman elektrolit - HANYA DILAKUKAN DENGAN NASIHAT DAN PEMANTAUAN OLEH PENGAMAL YANG BERPENGALAMAN

Intermittent fasting atau IF adalah satu program yang sangat bagus untuk kesihatan kita. Maksudnya☹️๐Ÿค”๐Ÿค”

Haa IF ni adalah puasa secara berkala. Ada jam kita makan dan ada jam kita berpuasa. Macam tu. Faham ke faham tu? ๐Ÿ˜€

Takpe kita sambung lagi. IF ada banyak cara. Antaranya๐Ÿ‘‡

 ๐Ÿ’š 16 jam berpuasa, 8 jam makan. 

Atau

๐Ÿ’š 18 jam puasa, 6 jam makan. 

Atau

๐Ÿ’š 20 jam puasa, 4 jam makan. 

Puasa kita panggil fasting window dan   waktu berbuka atau makan pula kita panggil eating window

Sekiranya anda buat Intermittent Fasting, perkara yang kalian kena faham ialah minima puasa selama 16 jam. Masa makan pula 8 jam. Hah, mesti terkejut kan nak kena puasa 16 jam? Haha. 

Tenang tenang kita puasa time tidur, time berjaga kita makan, susun sahaja waktu tersebut. Enjoy puasa sambil berlayar di alam mimpi, gitu dramanya.

Semasa puasa, hanya boleh minum air masak atau kopi dan teh tanpa gula tanpa susu. Namun kita kan puasa masa tidur, jadi tak adalah craving sangat nak makan, relaks sahaja!

Semasa makan, anda perlu kawal diri supaya tak ambil yang manis, tidak yang bergoreng, kurang karbo dan mengurangkan portion. Haa ini kena jaga, sebab dah lapar nanti rasa nak makan macam-macam. Kawal diri okey! ๐Ÿ‘

Amalkan pemakanan yang sihat


Jadinya, IF ni lebih tekankan pada waktu atau jadual makan dan bukan pada jenis makanan. Seronok kan..๐Ÿ‘๐Ÿ‘

Program IF ni akan memberikan impak yang sangat positif pada badan kita. Jom tonton video ni. Manfaat IF.

Secara kesimpulannya, apa yang berlaku dalam IF sebenarnya ialah ‘Time Restricted Feeding’, kita set minda kita untuk kawal waktu makan dan waktu tidak makan sebab selama ni kita hidup terlalu lebih makan.

Kurangkan makan terbukti menbawa banyak manfaat kesihatan. Bila menahan diri dari nafsu yang sentiasa nak mengunyah dan makan atas niat untuk lebih sihat dan lebih mudah beribadah, lebih sihat dan cantik untuk suami, In Shaa Allah pasti ada ganjarannya juga nanti. 

Sihat itu mahal bukan๐Ÿคฒ
Jangan lupa follow entry saya yang seterusnya berkaitan dengan IF dengan lebih enjoy๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#pengedarshakleekualaterengganu



No comments:

Post a Comment