Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat positif blog hazirahazli. Entry kali ini saya akan kongsikan tentang keperluan bagi Wanita Mengandung.
Secara lumrahnya, setiap wanita berpeluang untuk hamil. Dan menjadi idaman bagi setiap wanita yang berkahwin untuk mengandung dan mempunyai zuriat bersama pasangan masing-masing. Betulkan?π
Namun, persiapan dan keperluan adalah sangat penting bagi wanita untuk mengandung terutamanya adalah ilmu tentang kehamilan.
Dengan adanya ilmu, setiap masalah dan cabaran pasti dapat ditempuhi dengan jayanya.
Saya akan kongsikan juga 3 keperluan yang wanita perlu tahu sebelum mengandung iaitu;
- Keperluan sebelum hamil
- Keperluan ketika hamil
- Keperluan selepas hamil ( berpantang, menyusu)
3 KEPERLUAN SEBELUM MENGANDUNG
Selepas berkahwin, memang menjadi lumrah setiap pasangan untuk menimang cahaya mata. Namun, terdapat keperluan yang perlu dititik beratkan oleh setiap wanita atau isteri sebelum mengandung.
❤️ Ambil berat tentang tahap kesihatan diri.
Setiap wanita perlu ambil tahu tentang cara perkiraan waktu haid bagi memudahkan untuk mengira waktu subur. Aturan haid setiap bulan juga sangat penting dan sekiranya tidak teratur, wanita boleh merujuk ke pakar sakit puan dan juga menjaga cara pemakanan.
❤️ Amalkan gaya hidup sihat.
Selalu kita dengar dan perhatikan, terdapat segelintir golongan wanita yang dah mula tidak menjaga pemakanan dan amalkan gaya hidup sihat setelah berkahwin.
Ada yang alasan tidak sempat dan paling sedih ada yang bagi alasan "alaaa, saya dah kahwin, dah ada suami". π²π²
Ohh no no no. Amalan gaya hidup sihat ini bukan semata mata untuk suami namun untuk kesihatan diri sendiri. Dengan kesihatan yang baik, emosi juga akan stabil dan mudah sebenarnya untuk seseorang isteri itu untuk hamil.π
❤️ Amalkan pengambilan vitamin asid folic.
Tahukah kaum wanita semua?
Bagi mereka yang merancang untuk mengandung, pengambilan Vitamin Asid Folik adalah bermula seawal 3 bulan sebelum hamil.
Asid folik penting untuk kesuburan dan juga untuk tumbesaran janin diawal kehamilan.
Boleh baca DISINI kepentingan vitamin asid folik.
Setelah disahkan hamil, kini bakal ibu perlu memastikan tahap kesihatan diri dan juga bayi di dalam kandungan berada dalam keadaan yang baik. Dua nyawa yang perlu dititikberatkan. Alhamdulillah.
5 KEPERLUAN WANITA MENGANDUNG.
1) Penjagaan emosi yang stabil.
Ketika hamil, berlaku kecelaruan homon. Namun, penting bagi wanita hamil untuk menjaga emosi dan mengelakkan dari stress yang melampau.
Ini penting kerana untuk tumbesaran bayi di dalam kandungan.
2) Baju atau pakaian yang selesa.
Semakin hari perut ibu ibu akan semakin membesar. Sangatlah penting pemilihan pakaian yang sesuai untuk pernafasan dan juga untuk keselasaan ibu ibu.
Kebiasaanya, ibu mengandung mudah rasa panas kerana hormon progesterone tidak stabil semakin menurun.
3) Mengamalkan pemakanan yang sihat.
Sangat penting untuk ibu2 mengambil makanan yang berkhasiat dan tinggi dengan nutrient.
Ini kerana apa yang ibu2 makan akan disalurkan kepada bayi di dalam kandungan. Ibu muda masa kini sangat sibuk dan biasanya tiada masa untuk makan secara sihat.
Nak mudah dan untuk dapatkan kesan yang terbaik boleh amalkan set hamil shaklee.
4) Mengambil vitamin yang organik.
Setelah membuka "buku merah", buku kehamilan, nurse akan berikan rangkaian vitamin iaitu vitamin Asid folik, vitamin C, dan juga vitamin zat besi.
Diluar sana juga terlalu banyak vitamin untuk ibu hamil namun perlu dibuat kajian, bacaan yang lebih terperinci sebelum mengambilnya.
5) Mengenal pasti tanda tanda awal kelahiran.
Ilmu ini sangat penting bagi ibu yang bakal melahirkan anak pertama.
Pengalaman diri sendiri, tanda-tanda awal kelahiran yang saya hadapi adalah keluar darah seperti hari pertama period. Sikit je n tak sakit pun. Waktu tu saya berada di tempat kerja dan baru selesai waktu lunch.
Perasaan waktu tu bercampur berdebar n sedih.π₯Ί Nasib baik la ada kawan2 yang dah ada pengalaman dan call arwah MA, arwah MA suruh minta balik. Risau nanti bersalin kat office.ππ
Sedih tu sebab suami outstation waktu tu. Berada di Kelantan. Risau suami tak dapat teman kat labor room sebenarnya.π€π€
Itulah pengalaman sewaktu anak pertama. Alhamdulillah. Namun, untuk anak kedua dan ketiga tanda awal kelahiran juga sama, pun keluar tanda darah.
|
Gambar anak pertama setelah melihat dunia |
So, ibu ibu boleh la perhatikan tanda tanda awal kelahiran sama ada keluar darah atau pun keluar air ketuban.π
3 KEPERLUAN WANITA SELEPAS MENGANDUNG (BERSALIN/MENYUSU)
Hal ini berkait rapat tentang keperluan wanita selepas bersalin dan ketika menyusu bayi. Fasa ini juga sangat penting untuk memenuhi keperluan bayi dan juga ibu itu sendiri
1) Berpantang dengan betul.
Tempoh berpantang kebiasaanya adalah 44 hari. Ini penting kerana badan ibu perlu dirawat sebaiknya setelah 9 bulan mengandung.
Waktu ini dimana sistem peranakan perlu di baiki dan dijaga sebaiknya.
2) Pengambilan ubatan/ vitamin yang betul.
Ada yang mengamalkan berpantang cara me den dan ada juga cara traditional. Ada yang masih mengambil jamu dan ada juga yang mengambil ubat dan ada juga yang mengambil vitamin.
Apa pun yang para ibu ambil, ini semua penting untuk bekalkan nutrisi pada badan. Nutrisi yang mencukupi sangat penting bagi mengekalkan kesihatan tubuh badan ibu yang dalam proses berpantang.
Selain itu, pengambilan vitamin yang organik penting untuk bekalkan nutrisi yang cukup dan juga penting untuk bayi. Nutrient yang diambil oleh ibu akan disalurkan pada bayi melalui susu ibu. So, amatlah penting untuk ibu ibu lengkapkan diri dengan ilmu penyusuan.ππ
3) Ilmu penyusuan susu ibu.
Keperluan bagi ibu yang dah bersalin dan menyusukan bayi adalah ilmu penyusuan. Ini penting bagi memastikan ibu dapat membekalkan susu badan yang mencukupi bagi bayi dan dapat menyusukan bayi sehingga berusia 2 tahun.
Dengan adanya ilmu penyusuan, ibu ibu juga tidak akan stress, emosi ibu berada dalam keadaan yang stabil dan ibu akan tahu cara untuk mengendalikan perjalanan penyusuan ini dengan sebaiknya.
Pengalaman diri saya sendiri, anak pertama saya tidak berjaya untuk menyusukan anak sehingga unur 2 tahun dan ini silap diri saya sendiri kerana kurangnya ilmu dalam proses penyusuan.
Namun, Alhamdulillah. Dengan pengalaman dari anak pertama inilah saya jadikan pengajaran dan ambil iktibar. Alhamdulillah, anak kedua dan ketiga berjaya menyusukan sehingga umur 2 tahun dan anak ke3 sehingga 3 tahun. Alhamdulillah. Rezeki anak2 soleh solehah ibu ayah.π€²π»ππ
So amatlah penting untuk kita cukupkan keperluan bagi wanita mengandung. Nak tambah lagi ilmu berkaitan dengan kehamilan, berpantang dan menyusu?
Boleh la klik mana2 link yang sesuai untuk anda semua berada dalam komuniti tersebut.
*Mama Postnatal*:
Syoknya Menyusu, Syoknya Berpantang
*Mama Prenatal*:
Syoknya Mengandung
*Fruit & Veggie Challenge*
Makan Warna Apa Hari Ni?
Ibu ibu nak dapatkan produk-produk Shaklee? Terus hubungi saya secara direct dengan KLIK di
WHATSAPP.
Jom dapatkan segera. PM saya dan saya bantu.
Jom sertai keluarga Shaklee kami hari ini!
Jika anda pergi ke branch atau HQ Shaklee dan nak register menjadi ahli Shaklee, boleh isi link ni siap-siap. Nanti boleh dapat diskaun 25% terus selepas pendaftaran.
Sekian. Semoga entry saya ni memberi manfaat kepada semua. Jaga kesihatan baik-baik semua..
hazirahazli π
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
No.ID: 1242228
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#NextlevelBlogging
#blogmegashaklee
#pengedarShakleeMarang
#pengedarshakleeTerengganu
#pengedarShakleeKelulut.
#kursusspamurah
#spashaklee
#mobilespa
#mobilespamalaysia
#kelasspaonline
#resVvixchallenge
#feelyoung
#polyphenols
#coolparents
#myyouthfulpower
#shaklee