Friday 9 June 2023

Ibu Hamil Yang Sibuk Boleh Kekal Bertenaga Sepanjang Hari

Assalamualaikum sahabat setia blog hazirahazli. Entry kali ini saya nak berkongsi tentang pengalaman saya bergelar seorang ibu hamil yang bekerjaya.


SEORANG IBU HAMIL YANG BERKERJAYA

Waktu entry ini ditulis, saya dah berpengalaman sebanyak 3 kali hamil dan waktu itu saya sibuk bekerja sebagai seorang Engineer di sebuah kilang Automotif.


Pengalaman Hamil


Memang tak dinafikan mengandung dan masih bekerja lagi waktu itu sangat memenatkan.  Mungkin anak yang sulung tak terasa sangat kerana waktu itu masih muda, umur 26 tahun. Tambah pulak banyak explore benda baru dan sangat eksited.

Setiap anak lain pengalaman ketika mengandung dan anak ke2, ke3 semua rezeki dari Allah dan tak dirancang. Namun rezeki Allah itu yang terbaik kerana walaupun tak dirancang, jarak kehamilan masih lagi 2 tahun. Syukur Alhamdulillah..🀲

Saya sangat bersyukur rezeki yang Allah berikan, kehamilan pertama sampailah yang ketiga, masalah alahan tak teruk dan hampir dikatakan tiada alahan.🀲 

Saya dapat makan macam biasa, keluar bekerja macam biasa dan buat segala aktiviti harian seperti biasa. Yang luar biasa adalah banyak makan dan berselera makannya.πŸ€— 

Namun average kenaikan berat badan ketika hamil anak sulung, kedua dan ketiga adalah 12kg. Berat sebelum bersalin adalah 72kg. Ketiga tiga anak lebih kurang aje berat badan saya.

Pengalaman ketika hamil dan masih bekerja yang paling menggamit memori adalah ketika anak no.3. Waktu 3rd trisemesta saya diarahkan untuk masuk shift malam. 

Nak tolak? Namun tetap kena akur dah memang itu kerja kita kan. Saya beranggapan bos tak tahu usia kandungan saya waktu itu kot dan mungkin dia nampak saya kekal sihat. Alhamdulillah.

Tambahan lagi, memang tiada calon yang nak gantikan tempat saya waktu tu. So terpaksa la akur untuk 2 minggu kerja syif malam dalam sebulan itu. 

Bukan takat syif malam aje, saya juga perlu outstation dari Terengganu ke Perodua Rawang. Waktu ni masih diawal kehamilan dan Alhamdulillah saya tiada masalah alahan, so saya dapat bekerja seperti biasa. 

Kehamilan kedua dan ketiga banyak cabaran dari segi tenaga kerana dalam masa saya hamil saya perlu siapkan juga keperluan suami dan anak2.

Alhamdulillah. Kehamilan kedua dan ketiga saya dah berkenalan dengan Vitamin Shaklee. So, vitamin Shaklee set ibu hamil banyak sangat membantu saya untuk kekal bertenaga sepanjang hari. Syukur Ya Allah. 

ILMU KEHAMILAN 


Bagi ibu hamil, fasa kehamilan ini kena faham betul2 taw. Doktor atau nurse akan gunakan terms ini sewaktu check up. 

  • 1-3 bulan pregnant = trimester 1 
  • 3-6 bulan pregnant = trimester 2 
  • 6 - 9 bulan pregnant = trimester 3

Secara jujurnya, pada kehamilan pertama saya tiada ilmu pasal trimester ini. Memang tak dinafikan saya kurang membaca buku pasal kehamilan. Sibuk bekerja.🀭🀭

Sampai lah diri sendiri disahkan hamil dan dengar terms ini dari doktor. Dan sejak itu adalah buat bacaan sikit sebanyak.

Dalam setiap trimester ini, ada cadangan supplement shaklee yang ibu hamil perlu ambil. Ada 6 supplement penting ibu hamil kena ambil.

Apa dia?πŸ€”

B Complex ✅

Vit c ✅

Vitalea ✅

Ostenutrix ✅

Esp ✅

Omega Guard ✅


Set Hamil Shaklee


FUNGSI SETIAP VITAMIN

Setiap satu vitamin dalam set hamil ini mempunyai manfaatnya tersendiri dan saling melengkapi satu sama lain.

Kita sebagai seorang ibu dan bakal ibu perlulah berikan yang terbaik buat anak2 dan bermula dari dalam perut lagi. Apa nutrient dan zat yang ibu makan akan sisalurkan juga kepada bayi di dalam perut ibu dan sangat membantu dalam menyokong tumbesaran bayi. 

 1) B-Complex with Folic acid

Vitamin B-complex with Folic acid

Vitamin B-Complex sangat penting bagi ibu hamil. Vitamin B-Complex Shaklee juga mengandungi asid folik. Asid folik ini sangat penting dan perlu diambil 400mg setiap hari dan sepatutnya seawal 3-6 bulan sebelum merancang untuk hamil.

Hal ini kerana untuk kesuburan dan 12 minggu pertama kehamilan merupakan waktu paling cepat untuk perkembangan otak & sistem saraf bayi dalam rahim.

So, Asid folik penting untuk pembentukan saraf tunjang bayi yang sempurna pada awal kehamilan. Asid folik juga boleh mengurangkan risiko keguguran.

Atau kes kes bayi lahir tapi takde nyawa ataupun bayi pra-matang. Hal ini berkait rapat dengan pengambilan asid folik.

Pernah disiarkan dalam rancangan Nasi Lemak Kopi O TV9, waktu tu mereka jemput seorang doktor untuk menceritakan tentang kehamilan. 

Sahabat pernah tak dengar pasal spina bifida? anencephaly? 

Tahu tak macam mana terjadi? Ibu-ibu hamil mesti aware dengan dua terms ini.πŸ‘‡

1) SPINA BIFIDA ni merupakan kecacatan tiub saraf yang paling kerap berlaku iaitu 1-2 kes dalam 1000 kelahiran di dunia.

Spina bifida berlaku sewaktu bayi masih dalam kandungan lagi. Ianya berlaku apabila saraf tunjang tak tertutup sepenuhnya semasa tumbesaran bayi dalam kandungan. 

So bila tempat yang terbuka tu terlalu besar maka akan menyebabkan sebahagian daripada saraf tunjang bayi terkeluar dari lubang tersebut.

Antara akibat spina bifida ni ialah sukar kawal pundi kencing (poor bladder control), ada masalah penghadaman, lumpuh separuh badan /sepenuhnya & lain-lain.


Spina Bifida


2) ANENCEPHALY pula ialah bayi dilahirkan dengan pembentukan otak & tempurung kepala yang tak sempurna atau langsung tak terbentuk.  Benda ni betul-betul ada terjadi tau.

Anencephaly

Benda ni terjadi akibat daripada KESAN KEKURANGAN ASID FOLIK PADA KANDUNGAN.

ASID FOLIK ni vitamin B9. Semua wanita yang berumur 14-44 tahun perlukan asid folik terutama bagi wanita yang ingin merancang kehamilan..

Pengambilan vitamin ataupun makanan tambahan ni sebagai salah satu cara kita berusaha untuk memberi yang terbaik pada anak dalam kandungan..

Prevention is better than cure. Mencegah itu lebih baik dari mengubati.. kan 😊 


2) Ostenutrix

Ostenutrix

Sewaktu proses penempelan mula berlaku, banyak kalsium digunakan di otot rahim

Then apabila bayi start nak membesar, nak membentuk tulang bayi akan menarik banyak kalsium dari si ibu. So waktu ni bila si ibu kurang kalsium apa jadi?

Tarik mengkarung!! Fuh sakit oooo. 

Ada org panggil simpul biawak. Ibu ibu jadi cramp kat bahagian betis.

So, itu lah antara kalsium tak cukup dalam badan.

Dah dpt tanda tu, up dose lah ostenutrix ni. 

Dan kalau boleh janganlah sampai terkena kerana sangat sakit taw.

Alhamdulillah. Saya belum lagi ada pengalaman terkena simpul biawak ni dan memang kalau boleh elak nak elak la kan dengan mengambil sumber kalsium yang cukup.

Tak sanggup nak hadap rasanya sebab ramai kenalan yang ada pengalaman ni cakap sangat sakit.😰

Itu baru untuk si ibu. Untuk baby pun penting kalsium ni. 

Waktu ni lah fetal organ nk membentuk nervous system, tulang , muscles. Fetus (baby) mmg rely pada kalsium utk membesar.

So, ibu ibu perlulah ambil kalsium yang banyak untuk kedua duanya, diri sendiri dan juga bayi dalam kandungan. 

Keperluan Kalsium

Ibu hamil perlu ambil kalsium sehari 1200mg minimum. 1300mg adalah lebih baik.πŸ‘

1 tablet ostenutrix shaklee ada 250mg kalsium.

Berapa biji oste kah wanita hamil patut ambil setiap hari?

Jawapannya adalah:

Dalam 5-6 biji sehari.

Boleh la buat 2x ambil. Sbb sekali ambil dia stay dlm system utk system kita absorb for  4 jam.

Biasanya Vitamin Ostenutrix ini saya akan ambil pada waktu malam kerana penyerapan kalsium di dalam badan kita lebih optimum. 

Iye la. Waktu tidur mana ada kita melakukan aktiviti kan dan masa untuk kita berehat.

Selain itu juga, pengambilan kalsium pada waktu malam akan mengelakkan insomnia (sukar tidur) bagi ibu hamil. Dan ini juga sangat meningkatkan kualiti tidur.

Ada satu lagi kepentingan Ostenutrix ini dikalangan ibu hamil iaitu dapat mengelakkan sembelit.

Kebiasaannya ibu mengandung akan mudah terkena sembelit kerana ibu mengandung ada mengambil Vitamin zat besi dan pada masa yang sama tidak mengambil air kosong yang cukup.

Pengalaman diri sendiri juga selalu terkena masalah sembelit waktu hamil dan Alhamdulillah Ostenutrix lah penyelamatnya.🀲

Dan sebenarnya lain orang lain keperluan kalsiumnya. Kalau kita jenis yang sangat aktif dan banyak bergerak, kita memerlukan kalsium yang lebih.  

Diri saya sendiri pun saya akan ambil lebih andai aktiviti harian saya sangatlah aktif bergerak dan saya juga bagi cadangan yang sama untuk ibu2 kat luar sana.

“Eh kat botol tulis amik 3 je? Taknak lah ambil lebih”

Sebenarnya kan, Shaklee perlu ikut peraturan yg di tetapkan oleh kementerian. Segala arahan berapa biji kena makan adalah minimum dose.

Ini kerana dalam rules instructions bab ambil supplement ni kena anggap customer ada ambil dari sumber lain seperti sayur, susu.

Sumber Kalsium Yang lain


Jadinya, hanya diri kita sendiri yang tahu macam mana diet harian kita dan perlu atau tak untuk kita updose kalsium ini.πŸ˜€

3) Vitamin C & Vita- Lize (multivitamin)

Manfaat Vitamin C

Manfaat Vita-Lize

Vitamin C dan Vita- Lize digabungkan sekali kerana pengambilan zat besi perlu digandingkan dengan Vitamin C.

Nak tahu kenapa?

Kerana Vitamin C membantu penyerapan zat besi yang terdapat dalam Vitamin Vita-Lize iaitu multivitamin Shaklee ke dalam badan ibu hamil.

Ramai sebenarnya yang hanya ambil vitamin zat besi namun tak ambil Vitamin C. Sudahnya? Bacaan HB selalu rendah dan badan selalu lemau, tak bertenaga.

Kehadiran vitamin c semasa pengambilan multivitamin akan membantu penyerapan zat besi dlm multivitamin tu.


4) ESP ( Energizing Soy Protein). 

ESP

ESP ini sangat bagus utk kuatkan otot rahim dan kurangkan risiko keguguran. Ini kerana ESP adalah minuman berprotein dan protein membantu dalam tumbesaran sel otot dan tisu.

Kesan pengambilan ESP yang konsisten telah dirasai oleh mentor saya iaitu Master Athirah. Waktu beliau mengandungkan anak beliau yang Sulung, doktor yang buat scanning ingat beliau adalah bekas atlet. Wowwww!!

E-Book kehamilan


 Doktor yang scan tu siap cakap;

"Fuh dahsyadnya otot rahim u dik". (Doctor intan kalau siapa kenal mmg suka panggil kita dik).

"U nampak Tak line line ni. Were you an athlete before?" 🀭🀭

Memang awesome la ESP shaklee ni kanπŸ‘

Terus rasa nak g shake shake ESP πŸ˜€πŸ˜€

Zaman kini, ramai orang salah faham tentang soya.

Soya ni adalah sejenis kacang yang mempunyai protein yang tinggi dan kandungan protein dalam soya sama seperti kita makan ikan! 😱

Ada macam macam mitos pasal soya ni, aih rugi la kalau percaya membuta tuli tanpa buat sebarang pencarian & pembacaan. My bad.πŸ₯²πŸ₯²

Saya pernah hadapi situasi macam ni yang percaya ESP ni boleh menyebabkan GDM. Terus tak jadi nak ambil waktu pregnant anak yang sulung waktu tu.

Tahu tak?

Dalam kacang soya  ada lemak yang baik + serat jugak! 

Bagus sangat sangat andai anda serius baca dan kaji betul2 info pasal soya ni.πŸ‘

Kandungan nutrisi kacang soya sama macam ayam, daging dan kambing cuma ketiga-tiga jenis makanan / haiwan ni ada sekali  lemak tepu dan kolestrol.

Namun dalam kacamg soya tiada. Cuma pastikan soya tu bukan GMO. Maksudnya genetik yang tidak diubah suai.

Shaklee punya ESP adalah dari non gmo punya soya. So, jangan takut dengan kacang soya.

When it comes to soy, don’t blame the bean, blame the processing

Esp kalau amik masa mengandung, kulit anak pun cantik dan kulit mommy pun cantik. Dannn elak jugak ada stretch mark kat perut.πŸ‘πŸ‘

Ok itu semua adalah senarai Vitamin bagi ibu hamil trisemesta pertama.

Vitamin bagi trimester 2 & 3

5) Omega Guard

Omega Guard

Sebaik sahaja memasuki trisemesta 2 dan 3, ibu hamil boleh tambah vitamin Omega Guard.

Kenapa?

Ini kerana perkembangan otak bayi, banyak saraf saraf berhubung dan tisu otak terbentuk di dalam perut ibu bermula pada trisemesta 2. 

Pada trisemesta 3, bahagian cerebral cortex mula diambil alih oleh otak dan menyediakan bayi bagi pembelajaran akan datang. 


Saya ucapkan tahniah pada semua sahabat yang sedang hamil dan juga bakal bersalin. Diharapkan entry ini dapat memberi manfaat pada ibu ibu hamil diluar sana. Dan kalau ada yang berminat dan sedang mencari set hamil boleh la mencuba set hamil Shaklee.

Kalau anda ada pergi ke mana-mana Shaklee branch yang sah di seluruh Malaysia dan masih lagi belum jadi ahli, boleh key in details di link ni siap-siap ye. Boleh dapat terus 25% diskaun untuk pembelian produk tau.


https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1242228


Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan berkaitan Shaklee DISINI


hazirahazli πŸ’š,
Your Trusted Shaklee Independent Distributor.
No.ID: 1242228

#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#NextlevelBlogging
#blogmegashaklee
#pengedarshakleeTerengganu
#pengedarShakleeMarang
#pengedarShakleeKelulut.
#kursusspamurah
#spashaklee
#mobilespa
#mobilespamalaysia
#kelasspaonline


No comments:

Post a Comment