Wednesday 17 May 2023

Tips bisness: Kisah Seorang Tauke Kedai Tayar

Assalamualaikum dan salam ceria sahabat blog hazirahazli. Hari ini saya nak berkongsi pengalaman dan cerita hasil perbualan dengan seorang kerani Kedai Tayar.

Alhamdulillah. Selesai urusan hantar anak2 sekolah pagi tadi dan juga hal kereta pagi ni. Sampai awal kot tadi kat kedai ni like pergi tolong bukak kedai.πŸ€—πŸ€— Sampai je pintu kedai baru nak bukak. Biasa la target pergi awal dapat turn awal la n dapat balik cepat.😁😁

Sambil2 tunggu kereta diservis, cakap2 la dengan kerani kedai ni. Juga anak kepada tuan kedai.

Banyak yang dipelajari. Suka taw sembang2 pasal dunia bisness ni tambah pulak saya nampak kedai ni sangatlah maju.

Apa yang dikongsi adalah;

1) setiap hari bos akan tetapkan berapa target yang nak capai untuk hari tersebut. Kiraan untung akan dilakukan setiap hari pada jam terakhir. Jika target hari itu tak dapat dan akan bawa ke hari esok. 

Syukur Alhamdulillah. Setakat ini target dapat dicapai setiap hari dan paling tidak 2 hari dah dicapai.

2) Bos akan tetapkan gaji diri sendiri setiap bulan tanpa kacau duit untung. Part ni sangat best dan membuka mata saya.

Biasanya, kita owner pada bisness tu akan ambil nilai untung. Semakin banyak untung, makin banyak duit yang dibelanjakan untuk diri sendiri as reward atau gaji.

So, apabila kita dah tetapkan berapa gaji bulanan, walaupun banyak untung yang dapat, perbelanjaan kita akan tetap sama dan duit lebihan tersebut boleh dibuat sebagai simpanan atau pelaburan yang membina untuk bekalan dunia dan Akhirat. Like berzakat. Ya Allah best nya kan..

3) Berniaga dengan jujur agar mendapat keberkatan dan kebergantungan pada Allah sangatlah tinggi. Walaupun banyak persaingan, pasti akan ada rezeki (customer) yang Allah akan berikan.

Jom kita para usahawan atau peniaga ambil iktibar yang baik2 dari perkongsian ni. Juga buat diri saya sendiri terutamanya. In shaa Allah.πŸ‘πŸ‘


#tipsbisness
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#NextlevelBlogging
#blogmegashaklee
#pengedarshakleeTerengganu
#pengedarShakleeMarang
#pengedarShakleeKelulut.
#kursusspamurah 
#spashaklee 
#mobilespa
#mobilespamalaysia 
#kelasspaonline




No comments:

Post a Comment