Monday 3 April 2023

CARA KHATAM AL-QURAN DIBULAN RAMADHAN AGAR KITA DAPAT MEREBUT PAHALA YANG BANYAK

Salam 13 Ramadhan 1444h sahabat semua. Dalam setahun bulan Ramadhan adalah bulan yang teragung, dalam Bulan Ramadhan pula malam lailatul Qadar yang teragung. Amalan utama dalam malam lailatul Qadar adalah doa untuk meminta keampunan dari Allah swt.

Okeh berbalik pada khatam Al-Quran, bulan ramadhan adalah bulan dimana diturunkan Al-Quran iaitu pada 17 Ramadhan dan biasa kita panggil Nuzul Quran.


Peristiwa Nuzul Al-Quran


Formula untuk Khatam Al-Quran selama 30 hari dibulan Ramadhan


Dalam Al-Quran resam Uthmani terdapat 604 muka surat dan 114 surah.

Bagi mengkhatamkan Al-Quran dalam masa 30 hari, sehari kita perlu baca 20 muka surat. Rasa macam susah?

So, kita boleh bahagi kepada 5 waktu solat. Jadinya setiap selesai solat fardhu kita baca 4 muka surat.

Juga boleh ikut formula seperti dibawah;

Formula Untuk Khatam Al-Quran di dalam bulan Ramadhan
(Berapa muka surat perlu dibaca setiap hari)

πŸ“– Khatam dalam 30 hari:
> Subuh : 4 muka
> Zuhur : 4 muka
> Asar : 4 muka
> Maghrib: 4 muka
> Isyak : 4 muka

πŸ“– Khatam dalam 15 hari:
> Subuh : 8 muka
> Zuhur : 8 muka
> Asar : 8 muka
> Maghrib: 8 muka
> Isyak : 8 muka

πŸ“– Khatam dalam 12 hari:
> Subuh : 10 muka
> Zuhur : 10 muka
> Asar: 10 muka
> Maghrib: 10 muka
> Isyak : 10 muka

πŸ“– Khatam dalam 10 hari:
> Subuh : 12 muka
> Zuhur : 12 muka 
> Asar : 12 muka 
> Maghrib: 12 muka
> Isyak : 12 muka

πŸ“– Khatam dalam 6 hari:
> Subuh : 20 muka
> Zuhur : 20 muka
> Asar: 20 muka
> Maghrib: 20 muka
> Isyak : 20 muka

Best!

So, semua dari kita berpeluang untuk meraih pahala dibulan Ramadhan ini. Tanamkan niat dan istiqomah dalam melakukan ibadah mengaji ini.

In shaa Allah kita akan sama sama beroleh manfaat didunia dan Akhirat. Dan dapat berjumpa dengan malam lailatul Qadar. Amin..in Shaa Allah.🀲🀲

Nak tahu cara untuk kekal bertenaga dibulan puasa ini? Klik sini

#blogmegashaklee
#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023

No comments:

Post a Comment