Monday, 26 June 2023

6+1 Amalan Gaya Hidup Sihat

 


Assalamualaikum dan salam ceria sahabat hazirahazli.blogspot. Entry kali ini saya nak berkongsi tentang amalan gaya hidup sihat.

Tahukah anda?

Pada masa kini, punca penyakit yang dihidapi oleh ramai orang adalah berpunca dari amalan gaya hidup.

Berdasarkan gambar rajah dibawah, punca sesuatu penyakit itu kebanyakkannya berpunca dari amalan gaya hidup.

Amalan gaya hidup masa kini yang terlalu sibuk, restoran makanan segera juga banyak bagai cendawan tumbuh selepas hujan, ramai yang terlalu fokus pada pekerjaan dan tiada masa untuk bersenam.

Tidak dinafikan bukan orang bekerja sahaja, macam saya sendiri sebagai seorang suri rumah pun terkejar kejar dan juga hampir tiada masa untuk bersukan. Namun, kita boleh rancang aktiviti kita dan manfaatkan masa dihujung minggu bersama dengan keluarga.

Penyakit Berpunca Dari Amalan Gaya Hidup

6 AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

Amalan Gaya Hidup Sihat


1) Menjaga Pemakanan Seharian

Kita disarankan mengambil makanan seimbang  mengikut dalam piramid makanan.

Tagline dalam Piramid Makanan juga adalah Suku:Suku:Separuh. Piramid makanan merupakan tanda aras untuk kita menyediakan pemakanan yang seimbang dan sihat setiap hari.

Mengikut piramid makanan, terdapat 4 aras kesemunya. Aras yang paling bawah mewakili makanan yang paling banyak perlu diambil dalam sehari dan aras yang paling atas mewakili makanan yang perlu diambil dengan kuantiti yang sedikit dalam sehari.

Piramid Makanan



2) Melakukan senaman atau riadah.

Selain dari menjaga makanan seimbang, salah satu amalan gaya hidup sihat adalah dengan bersenam dan beriadah.

Senaman perlu dilakukan selama 20 minit 3 kali seminggu. Cadangan ini yang biasa kita dengar namun sangat susah untuk diamalkan.

Tahukah anda?
Sewaktu bersenam radikal bebas juga dibebaskan dari dalam badan kita. Oleh hal demikian, kita perlu ambil sumber antioksida bagi menyingkirkan radikal bebas tersebut. BOLEH BACA DETAILS DISINI.

3) Jauhkan Diri dari Tekanan Diri.

Stress yang melampau akan menyebabkan seseorang mengalami depression atau anxiety. Ini banyak berkait rapat dari dalaman diri seseorang.

Kita sebagai umat Islam perlulah bersandarkan pada Allah dalam apa jua yang berlaku. Jika kita mengalami emosi yang tidak stabil dan terganggu, ambil wudhuk dan sujud pada Allah. Allah yang maha mengetahui dan Maha pengasihani.

Masa kini, "burnout" biasa berlaku dikalangan ibu ibu. Hal ini berkaitan dengan tekanan dan emosi ibu ibu terutamanya.

Tekanan yang melampaui lead to "burning out".

4) Menjaga kebersihan rumah dan persekitaran.

Rumah ku syurga ku. Selalu kita dengar ayat ini kan.
Rumah yang bersih dan aman harmoni akan membuatkan ahli keluarga akan merasa bahagia. 

Selain itu juga, menjaga kebersihan rumah dan persekitaran dapat mengelakkan dari berlaku sebarang penyakit dan bencana.

Contohnya membersih longkang bagi menghapuskan tempat pembiakan nyamuk.

5) Menghindarkan diri dari aktiviti negatif

Salah satu amalan gaya hidup sihat adalah kita bebas dari aktiviti yang negatif seperti merokok, hisap dadah, melepak dan juga lumba haram.

Aktiviti negatif ini bukan sahaja memberi kesan tidak baik pada diri sendiri namun orang disekeliling kita juga.

6) Mendapatkan pemeriksaan kesihatan.

Pemeriksaan kesihatan perlu dilakukan setiap tahun. Paling tidak pun setiap 6 bulan sekali. Hal ini bagi memastikan tahap kesihatan kita berada pada tahap yang baik.

Dan andai ada penyakit, kita dapat mencegahkan diri dari penyakit terus merebak dan mula untuk amalkan gaya hidup sihat.


+ 1 : Pengambilan Makanan Tambahan


Selain dari 6 amalan gaya hidup diatas, ingin saya share satu lagi tambahan amalan gaya hidup sihat iaitu mengambil makanan tambahan secara bijak.

Pada masa kini, kebanyakan dari kita tiada masa untuk makan secara sihat. Makanan tambahan ini bertujuan untuk mengisi segala nutrisi yang lompang dari dalam badan kita.

Mengambil Makanan Tambahan



Namun, perlu dititik beratkan juga pemilihan makanan tambahan tersebut. Kita perlulah memilih makanan tambahan dari sumber organik, selamat dan terbukti berkesan.


So, suka saya untuk mengajak sahabat semua dan diri saya sendiri juga untuk amalkan gaya hidup sihat. Ikhtiar untuk hidup sihat ini juga amalan yang disukai oleh Allah swt. Badan kita sihat, kita juga dapat beribadat dengan sebaiknya. Alhamdulillah.

Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan berkaitan Vitamin Shaklee taw. Klik Whatsapp

Kalau anda ada pergi ke mana-mana Shaklee branch yang sah di seluruh Malaysia dan masih lagi belum jadi ahli, boleh key in details di link ni siap-siap ye. Boleh dapat terus 25% diskaun untuk pembelian produk tau.



hazirahazli ๐Ÿ’š,
Your Trusted Shaklee Independent Distributor.
No.ID: 1242228


#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#NextlevelBlogging
#blogmegashaklee
#pengedarShakleeMarang
#pengedarshakleeTerengganu
#pengedarShakleeKelulut.
#kursusspamurah 
#spashaklee 
#mobilespa
#mobilespamalaysia 
#kelasspaonline
#resVvixchallenge 
#feelyoung 
#polyphenols 
#coolparents 
#myyouthfulpower
#shaklee



No comments:

Post a Comment