Friday, 23 June 2023

Kulit Muka Berjeragat Akan Menyebabkan Wajah Nampak Tua


Assalamualaikum dan salam ceria sahabat budiman. Jeragat diwajah sangat menghantui dan menyeramkan bagi kaum wanita terutamanya. Memang la wanita dan kecantikan memang tak dapat nak dipisahkan. Andai kulit wajah berjeragat, mood dan tahap keyakinan diri akan semakin berkurang. Haaa berikan kesan yang besar taw masalah jeragat ini dan pasti ada PETUA HILANGKAN JERAGAT ini kan?

MAKSUD JERAGAT

Jeragat dalam bahasa dermatology nya ialah “HYPERPIGMENTATION”

Jeragat ni ada kecil, ada besar, ada di permukaan sahaja, ada di bahagian dalam. Dan setiap jenis ni ada nama-namanya.

Jom kita tengok gambar-gambar ni dan kenali jeragat di muka kita kategori mana jika ada.😔 


JENIS-JENIS JERAGAT

1) Freckles

  • Tompok tompok coklat kecil yang biasanya banyak di tulang pipi dan pangkal hidung.
  • Lebih kepada genetik.


Jenis Jeragat:Freackel


2) Age spot/sun spot
  • Jenis- jenis bintik hitam atau coklat yang mana saiznya tidak sama, ada kecil dan ada besar.
  • Ambil masa ynag lama untuk terbentuknya jeragat seperti ini.

Jenis Jeragat:Age Spot Dan Sun Spot


3) Melasma.
  • Tompok tompok coklat yang besar di pipi bentuk macam butterfly
  • Disebabkan oleh hormon.
  • Paling susah nak dirawat dan paling lama nak dipudarkan.
Jenis Jeragat:Melasma


Tahukah anda?

90% masalah jeragat adalah berpunca daripada sinaran UV.

Bila kita sebut UV, sudah pasti yang utama adalah dari cahaya matahari. Tetapi jangan lupa, lampu, laptop, handphone, televisyen juga mengeluarkan UV.

Semua yang mengeluarkan cahaya ada mengeluarkan sinaran UV.


PROSES TERJADINYA JERAGAT

🟠Jom kita lihat komposisi kulit kita untuk kita lebih faham bagaimana jeragat terjadi. Dan prosesnya ada kaitan dengan sinaran UV 🟠


Komposisi Kulit Manusia.

Kulit kita ni seperti semua sedia maklum, ada tiga lapisan.
✅ epidermis
✅ dermis
✅ hipodermis.

Dan untuk proses berlakunya jeragat, kita akan fokus kepada epidermis dan lebih spesifik kepada sel melanocytes seperti gambar dibawah.



Struktur Epidermis.

Jom kita tengok bahagian epidermis sahaja yang mempunyai sel melanocytes di dasarnya. Gambar di atas menunjukkan apa yang terjadi apabila sinaran UV menyentuh muka kita.

Apabila sinaran UV terkena pada kulit, sel dalam kulit yang diberi nama – melanocytes akan dapat signal untuk keluarkan melanin untuk melindungi kulit daripada sinaran UV ini.

Masya Allah, ciptaan Allah yang cukup sempurna pada kulit kita. Tindakbalas ini dikenali sebagai defend mechanism. Indah kan, sayangnya Allah pada kita semua. 

Sistem automatik yang berlaku ini adalah untuk melindungi kulit kita apabila kulit terdedah kepada sinaran UV. Jika ini tidak berlaku, sinaran UV ini akan tembus ke DERMIS dan akan rosakkan sel-sel kulit kita yang boleh mempercepatkan proses penuaan dan boleh menjadi penyumbang kepada kanser kulit.

So, dari mana jeragat itu muncul? Ini jawapannya.

Melanin yang terhasil ini akan naik ke atas permukaan muka dan membentuk tompok hitam/ coklat kecil. Melanin yang berlebihan itu yang menyebabkan jeragat.

Semasa umur 20 an/ 30 an, kecil jer. Masa ni, kekadang tak perasan pun. Masuk umur 40 an, tompok-tompok ini jelas kelihatan dan menjadi tompok besar. So, tiba masanya merawat dan cegah. 

Jom kita ambil tahu satu fakta yang perit untuk ditelan, namun perlu diterima.

Jeragat ambil masa yang lama untuk terbentuk ✅

Jeragat ambil masa yang lama untuk dipudarkan ✅

Jadi salah satu kunci untuk jeragat hilang/ pudar dan hindar dari jeragat adalah konsisten dan sabar.☺️


CARA UNTUK ATASI MASALAH KULIT  BERJERAGAT.


Pilihan yang ada untuk masalah kulit berjeragat adalah rawat dan cegah.

Jom Rawat, Jom Cegah Masalah Kulit Berjeragat.

Untuk proses rawatan secara laser saya tak akan berkongsi banyak. Saya akan kongsikan rawatan dengan cara alami dan semulajadi dengan menggunakan rangkaian Produk Kecantikan Youth Shaklee.

Jadi, BOLEH BACA DISINI kenapa saya memilih Shaklee, guna Shaklee, dan mengajak anda semua juga untuk guna Shaklee. Insya Allah selamat, terbukti dan berkesan.❤️


Cadangan produk penjagaan kulit dari Shaklee dan kenapa kita perlu tambah produk tersebut.


Rangkaian Produk Youth Skincare


Produk Asas - WAJIB. Antara produknya adalah;

  • Luminious Gel Oil Cleanser
  • Toner
  • Age Defense Moisturizer SPF50
  • Night Cream

Tambahan kepada asas dalam membantu proses mencegah dan merawat jeragat ialah;

  • Serum 
  • Radiance C+E


Jeragat disebabkan oleh Melanin yang dikeluarkan secara berlebihan. Penggunaan sunblock atau suncreen bertujuan untuk merawat, mencegah jeragat dan melindungi kulit dari sinar UV yang berlebihan.

Kenapa perlu memilih Age Defense Moisurizer Cream – SPF 50 Shaklee?

Kerana Age Defense Moisturizer Cream-SFP 50 memenuhi ciri-ciri Sunscreen yang terbaik dan selamat :


✅Broadband Spectrum

✅SPF 50 – dalam julat SPF yang dicadangkan 

✅Anti Aging Formula – mengandungi polifenol daripada Muscadine Grape Extract

Ciri-ciri di atas insya Allah membantu mengurangkan/ memudarkan jeragat di muka.


Jom kita lihat pula dari sudut penjagaan dalaman – makanan tambahan yang dicadangkan untuk kesihatan kulit berjeragat.


Penjagaan Dalaman Bagi Masalah Kulit Jeragat


Seperti biasa – WAJIB untuk kulit sihat dan cantik – ESP dan Sustained Release Vitamin C ( BACA DISINI)

Tambahan untuk jeragat ialah GLA Complex. Ini adalah untuk keseimbangan hormon memandangkan antara faktor yang menyumbang kepada jeragat berpunca daripada hormon.

Dan sudah pasti PILIHAN yang best dan AWESOME – Vivix dan ResV Shaklee.



✨Tips menggunakan produk penjagaan kulit ✨


🌷Mulakan dengan produk bertekstur cair ke pekat  seperti:

pembersih-penyegar-serum- pelembap-pelindung matahari 


🌷Gunakan serum secara berasingan dengan pelembap. 


🌷Tunggu dua minit selepas meletakkan serum sebelum menyapu pelembap supaya serum menyerap sepenuhnya ke dalam kulit


🌷Sapukan lebih sedikit pelembap 15 minit sebelum terdedah kepada matahari dan sapukan semula sekurang-kurangnya setiap dua jam.


So, penjagaan luaran dan dalaman sangatlah penting bagi merawat dan mencegah masalah kulit berjeragat. Kini tiada lagi kerisauan dan ada sinar yang menanti. Yang penting pilih produk yang betul dan konsisten.


Rawat dan Cegah Masalah Kulit Berjeragat

Kalau anda ada pergi ke mana-mana Shaklee branch yang sah di seluruh Malaysia dan masih lagi belum jadi ahli, boleh key in details di link ni siap-siap ye. Boleh dapat terus 25% diskaun untuk pembelian produk tau.


https://www.shaklee.com.my/joinnow?sid=1242228


Boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan berkaitan Shaklee disini Whatsapp.

hazirahazli 💚,

Your Trusted Shaklee Independent Distributor
No.ID: 1242228



#shakleethrive2023
#shakleetriumph2023
#NextlevelBlogging
#blogmegashaklee
#pengedarShakleeMarang
#pengedarshakleeTerengganu
#pengedarShakleeKelulut.
#kursusspamurah 
#spashaklee 
#mobilespa
#mobilespamalaysia 
#kelasspaonline
#resVvixchallenge 
#feelyoung 
#polyphenols 
#coolparents 
#myyouthfulpower
#shaklee
#shakleeproductsmalaysia

No comments:

Post a Comment